Friday, October 27, 2006

Itu dan ini dan itu kembali

Owh please, that and this and back to that again. Mmg sem nih byk lah kerja2. Bersemangatlah naqiuddin mengharunginya. huhu.


Nottingham Malaysian Games akan tiba next week. best2. Daku pada asalnya tidak lah mahu bervolunteer, akan tetapi tertarik lah pula utk mendapatkan baju volunteer. uhh. Dan jadi lah daku sem nih menjadi volunteer first aider. bakat2.


Gambar kat atas nih adalah group meeting bersama MrSeng dan MrJacob. Group meeting berkenaan module virology kami.Masa tuh kat Library George Green. Meeting utk discuss kan presentation dan essay yg kena buat kemudiannya. Inilah antara perkara2 yg byk dibuat sem nih. uhh. penat2.


Di Plant Building tadi, mereka telah mengadakan party Halloween. Walaupun rasanya Halloween tuh bukan British tapi American, tapi ape2 lah, daku bergambar ngan malaikat maut nih. huhu. Inilah akidah depa. haha. atas tuh gambar pumpkin belon besar atas entrance building.


Dan tadi, daku telah menghadiri perjumpaan first aid volunteers di Portland. Dr Hadi, pakar A&E telah memberi taklimat utk persediaan kami pada hari NMG nanti. Taklimat beliau tadi amatlah best dan berguna. InsyaAllah nanti daku dapat memanfaatkan ilmu ari nih dan ilmu masa ambil sijil first aid tuh. hehe. Pegi tadi pun utk mengrefreshkan kembali ape yg dah belajar.

Dan itulah yg ditulih stakat nih. Mcam malas la plak nak bertulis semenjak di umah ni. Dari menulis blog ni, baik menulis essay. heh. Sekian, teruskan lah celebration Eid. best2 yeah!

Tuesday, October 24, 2006

Salam Aidilfitri



Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.

Raya tahun ni di UK adalah pada 23rd Oct 06. Kat Malaysia adalah pada keesokan hari nya. Semalam bebudak yg berumah di Dunkirk telah membuat open house. Rumah daku ini telah bergabung dgn 2 rumah lain. Rumah Ablanc dan Fairuz.

Meriah lah juga semalam melayan tetamu dan menghidang makanan. Open house kami telah bermenukan nasi tomato, rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang, dan kuih muih. Daku telah mengcontribute kek batik aje. huhu. Tak cukup bakat nak buat main dish.

Ape2pun, semalam ponteng tutorial dan hari ni tiada lecture. Badan rasa lemah dan malas benar nak buat kerja2. uhh. Kena kuatkan semangat lah!

Sekian, ribuan maaf dipinta dari naQ kepada semua.
Salam Aidilfirti.

best2 yeah!

Saturday, October 14, 2006

Trip to Netherlands

Pada 20hb sept hingga 22 sept 2006 aritu, daku telah lah ke Netherlands. yeah2. Pergi ke sana berjumpa dgn ayahanda Papa yg ada agricultural tour bersama Penang state officials. Dan mmglah pengalaman kali pertama berjalan2 sebas dgn Datuk2, Datin dan YB2 serta ketua jabatan2 dari negeri Pulau Pinang. huhu. Kena jaga adab. heh.


Pergi ke Netherlands menaiki bas. Setelah mendapati bas sgtlah murah dan flight sgtlah mahal. Pengalaman juga naik bas nih. 12 jam dari London ke Amsterdam. Mmg lama gle. Naik bas dapatlah menaiki ferry. Dari Dover ke Carlais, France. Ferry dia sgtla best, mcam cruise plak rupa nya.


Penginapan di Netherlands adalah di Dorint Sofitel Amsterdam Airport hotel. Menumpang skali dlm bilik Papa. free lah penginapan..hehe.


Delegates dari Penang ini dtg ke Netherlands melawat mcam2 tempat. Semua utk membanding dan mencontohi kemajuan agriculture di Netherlands. Mereka melawat tempat2 seperti ladang2, pelabuhan dan juga university Wageningen (institute food safety mereka).


Selain itu, daku juga tag along bersama2 mereka utk bersiar2 di Netherlands. Gambar naik canal cruise adalah di Amsterdam. Dia pusing2 sambil cerita bangunan2 kanan kiri dan sejarah yg berkenaan.


Daku juga mengikuti bersama mereka ke diamond factory Gassan. Melihatlah daku Gassan 121 (yg ketiga dari kiri atas tgn YB tuh) yg merupakan diamond termahal yg dikerat 121 muka. Sgt lawa la sbb effect pengcahayaan nya yg maksimum. Byk lagi design2 dan biasa lah, kemahalan nya sudah pasti. Perlukah daku membeli diamond satu hari nanti? huhu


Hari Jumaat daku tag along pergi ke pelabuhan Zeehaven Ijmuiden (kat mana tak pasti). Dapatlah melihat sistem di Netherlands yg mana pembekal2 ikan terpaksa ber auction utk membeli ikan2 dari nelayan2. Nelayan2 mereka suma maju2 dan ada bot besar2, tak macam kat Malaysia. Gambar first bawah ni tunjuk org ramai berbidding.


Seperti lawatan2 official ke mana2, penukaran cenderahati tanda penghargaan mestilah diberi. heh. Menarik benar hiasan kapal layar clog. Clog: kasut kayu yg org Holland pakai tuh.


Ada juga pergi melawat Volendam. Di sana melihatlah daku bagaimana membuat clog itu dgn tgn. Mamat tu demonstrate. Tapi yg dia jualnye adalah dari hasil mesin yg mana lebih efficient dan cepat dan of course, mudah benar.


Menarik di Volendam ada tempat kedai2 membeli belah brg2 souviner. Fakta menarik di Volendam adalah tempat itu merupakan 6 meter di bawah aras laut. Dulu2, mereka telah berusaha utk meluaskan tanah dgn mengambil tanah laut. Mmg dulu berkisah2 lah dam mereka itu pecah dan air laut membanjiri rumah2. Tapi kagum lah kerana mereka dapat buat sedemikian.


Gambar pertama atas ferry yg membawa kami across muara kat Volendam tu. Gambar tgh tu tunjukkan daku berdiri di atas border laut dan tanah yg lebih rendah dari aras laut. Gambar last, bersama ngan Papa ketika di airport Schiphol. Berpisah lah kerana flight mereka pada pukul 12pm. Daku kena lepak2 dulu sbb bas balik ari sabtu tu adalah pada pukul 7.30pm.


Stengah ari tu daku berjalan2 lah sorang2 di Amsterdam. Gambar pertama adalah basikal yg digunakan ramai ibu2 utk membawa anak2 mereka. Daku pergi ke museum tulips kerana tulips tiada at the current time of year. Masa easter aje mereka tumbuh dan hanya selama 2-3minggu aje. Lain kali la kut.


Daku berjalan2 juga tgk kedai hologram dan torture museum. Museum tu menunjukkan betapa jahilnya org pada zaman kegelapan. Salah skit, torture gle2. Byk lah device2 yg ada utk torture org. Kalo berkelahi pun ada torturenye. buduh2.


Daku juga ke flower market lagi sekali (first time bersama delegate2 itu). Penat gle arituh, dah la berjalan dgn luggage. Luggage tak dapat di simpan di service menyimpan luggage sbb dah penuh masa tuh. uhh.

Ape2pun, mmg best la trip arituh. Pengalaman juga berjalan dgn org2 atasan Penang state. Tapi apsal ngan Papa bleh biasa je..? heh. Balik aje dari Netherlands ini, berjumpalah dgn housemate2 yg telah pun kembali ke UK. nak pergi mana plak lepas nih? hehe... best2 yeah!

Mersey Ferry Liverpool

The last thing that I did before leaving Liverpool from my summer stay was going on the Mersey Ferry. Mersey Ferry ni ada 3 tempat stop sepanjang mersey river tuh. We just naik and enjoy the ride aje.yeah2.


- flyer - tempat beli tiket - rakan2 yg join skali (hasrel,anas dan tok)



- jambatan ke ferry - org lain turun ferry - pose masa org tgh berebut beratur



- nama ferry royal iris - lepak atas ferry - angin kuat mersey river


- seacomb stop - sentuh air river (taste:masin) - hot chocolate on the ride back home

dan a few days after that, kembalilah daku bersama en hasrel ke nottingham.
Masuk umah yg agak bermasalah ketika itu. Malam pertama tido di umah ini dgn keadaan agak daif. huhu.

ape2pun skang umah ni dah oke dan sudah pun penghuni2nya settling down nicely.
best2 yeah!