Wednesday, August 22, 2012

Salam Aidilfitri


Selamat hari raya!!!

Last raya di Manchester, UK.

Raya first membayar zakat utk 3 org.

Raya setelah puasa 30 hari yg siangnya lama. Puasa time summer di UK.

Raya yg mana keta C200 masih lagi belum selesai repair setelah accident haritu.


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Jangan lupa utk puasa 6 hari syawal.

oke!

Monday, August 13, 2012

The people closest to me


Dah lama tak letak anything here. So here are the pictures of the people closest to me.


- Muadz, my son. Umur just over 2 months.

 
- Furzani, my wife. Tgh buat kerja depan computer.


- Muadz suka tidur berposing. huhu.

Dah 10 malam terakhir Ramadan. Amal ibadah ntah ke mana. tsk2.
Malam ni nak buka makan nasi dgn lauk ayam masak kicap.

oke!

Thursday, December 15, 2011

Lebah

Mari saya bercerita berkenaan binatang serangga yang pernah saya take part untuk pelihara.

Lebah. Oh lebah ini sentiasa mengingatkan saya tentang kehidupan saya yang lalu, semasa dan akan datang juga mungkin besarnya.

Lebah2 ni saya berjinak masa di KMB. Oh di KMB yg saya belajar IB dulu. 2 tahun dan rasa mcm tak cukup je. Mcm patut extend. Saya join bee keeping club sbb 3 perkara (yg saya ingat sbb lucu), 1. Kena pilih untuk requirement pass IB (terpaksa) 2. Saya curious tapi telah diberitahu cikgu in charge sebenarnya saya pilih sbb tiada club lain yang available (cikgu salah, saya mmg curious) 3. Sbb saya rasa/nampak ramai perempuan yg menarik join club ini (nafsu pemuda tp in the end club ini sangat mengamalkan ikhtilat sbb mmg tiada langsung aktiviti yg bercampur sosial, yg ada mungkin adalah aktiviti beberapa org sekali turun padang petang2 pergi siram pokok2 untuk lebah).

Kenapa siram pokok2, sbb itulah medan tugas lebah di KMB tu. Peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan lilin lebah sangatlah bermanfaat. Lebah ni boleh aje cari pokok2 luar KMB, ada lah nampak mereka keluar mencari makanan di luar sarang. Bila jumpa mereka bawa balik sebanyak mampu untuk ke sarang. Mereka ni kena kuat ingatan sbb bila satu lebah balik ramai lebah2 sesaranga mahu tahu. Semua sibuk tapi untuk kebaikan juga dan mmg rasanya takde lah mereka sibuk hasil dari sifat buruk. Ini kerana mereka ini rasanya tiada hati, so takdelah busuk hati. (attempt utk buat lawak disini. haha). Saya suka itu. Sibuk mereka ini samalah dengan sibuknya semut. Oh semut, itu kisah lain lah ye. Sibuk tu samalah dengan rajin, saya difahamkan.

Oh manusia mmg tidak sama dengan lebah. Lebah ada cara berkomunikasi dan manusia juga lain. Kalau lebah, mereka bernari2 berbentuk 8 tapi manusia cakap, telefon, surat atau hantar email aje. hehe. Tak penat pun tapi effectivenya komunikasi mungkin lebah menang. Bernari2 sambil gerak goyang badan, lebah mmg memberitahu lebah2 lain di mana lokasi bunga2 rezeki. Manusia pula menari2 gerak goyang badan, kalau cakap org tak paham accent, kalau telefon terputus2, kalau hantar surat lost in delivery dan kalau hantar email pun masuk spam. huhu. Teknologi yg kurang sempurna. Marah juga tapi berdiam aje lah. Bila dah tahu rezeki kat mana, gelak lah. Tak dapat cari bunga secepat mungkin. By the way, lebah gunakan matahari as guide (point of reference) lokasi rezeki, so mereka mmg bertindak dgn cepat sbb matahari cepat bergerak sepanjang hari.

Lebah ada tiga kasta: lebah ratu, lebah pekerja (female tapi takboleh bertelur) dan lebah jantan. Itu adalah lumrah lebah yg diciptakan. Oh manusia mmg lain. Tapi ada juga yg mahu jadi lebah menjadi penyengat dan kemudian tidak berhenti. Lebah sengat sekali and then terus mati. Kamikaze gitu. Lebah sengat kita nampak sbb ada kesannya, ada org lebam, ada org bengkak, ada org merah2 sikit aje. Saya selalu fikir tak nak jadi mcm lebah jantan. Tugas lebah jantan adalah mate dengan ratu and then mati. Tapi kalau itu takdir, kita redhalah.

Fikir balik. Nostalgia. Especially bila baca surah An-Nahl. Surah dlm Quran yg mention pasal lebah. Kalau Allah sebut pasal lebah, saya rasa mmg ada benefit kalau kita fikir pasal lebah. Bila ada di tahun pertama KMB saja yg aktif bee keeping club. Tahun kedua tak aktif dah. Bila dah lepas ambil exam, saya teringat balik pada bee keeping club yang telah saya tinggalkan 12 bulan lalu, masa first year (nostalgia time tu). Oh tak, 6 bulan lalu sebenarnya sbb saya curi datang ke kawasan bee keeping utk main2 dgn lebah. Caranya adalah hembuskan asap api bakar serabut kelapa. Asap kacau komunikasi lebah (saya mmg nakal begitu). Main dgn lebah sorang2, diam dan gelak sendiri. Oh lebah, semoga korang sentiasa membuat saya berfikir.



Oke!

Thursday, October 20, 2011

Seraaammm - not for the faint hearted

Kisah ini berlaku kat Ampang...
Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta. Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.

Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majlis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan.
Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di
baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya. Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, diap un pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa... Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya diketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..

Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menguhurkan benda yang berwarna biru...
Dengan rase hairan perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini nek ...?"

Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai.....

hehehehhhhehehehh......

-- antara emel2 yg org suka forward. Ini adalah sebelum byknya SPAM dan sebelum popularnya penggunaan social networks. huhu.

I feel so old now. ahaks~

oke!

Thursday, August 11, 2011

Riot merata; UK masalah

Kesian budak ini. Hopefully he could get past this bad incident and get well soon.


Mengingatkan daku yg dulu pernah kena buli and pukul di UK. huhu. Masih ingat lagi...

Insiden 1:
Masa kecil2 dulu tinggal di Edinburgh, kami bermain2 snow di luar flat. Main2 dgn kakUda and abgAdin. Kami buat la snowman kecil, masa tgh main tu ada budak2 ni lalu and then derang jolok2 snowman kami. huhu. kami biar aje la derang buat depan mata kami. Fortunately takdela gaduh2. huhu.

Insiden 2:
Masa di Edinburgh lagi. Kami seberadik bermain2 dgn kawan2 malays. Main skateboard and rollerskates. Time2 tgh main tiba2 ada anjing lari celah2 kami. Terperanjat la juga kami. Lepas tu tgk2 owner dia dtg. Dgn kawan2 dia. Just a little older than abgDaniel (paling tua antara kami). Derang datang mmg nak buat kacau la. Cakap2 kasar dgn abgDaniel, and abgDaniel kind of buat bodoh aje sambil cakap2 menyumpah budak2 tu dlm BM. Derang tak paham tapi apabila kami dgr apa abgDaniel cakap, kami tergelak. Kemudian budak jahat tu terus tampar abgDaniel. Lepas tu dia blah. Mmg salah kami la juga sbb gelak. Kalau tak dia mcm tak tau la apa yg dicakap. huhu. sorry abgDaniel. abgDaniel skg ni adalah engineer di Jepun kut kalau tak silap. Mmg power lah beliau.

Insiden 3:
Masa tengah buat degree di Notts. Kami bertiga tgh berjalan menuju ke tempat main ping pong. On the way tu ada penunggang basikal ni bersama dgn anjing dia lalu sebelah kami. Penunggang tu berhoddy la and typical rupa mamat cari pasal. Anyways, dia tunggang laju and then pada laluan padestrian (tempat kami jalan lah). Daku beri laluan tapi ntah mcm mana beg daku tersangkut pada basikal dia and then dia jatuh basikal. Menyumpah2 juga la dia bila bangun balik. Dia kemudian dtg terus tampar daku. Daku tak sempat nak cakap relaxs and sorry pun. Blackout sebentar and terduduk atas jalan. Anjing dia mcm dtg dekat2 so daku mcm risau betul masa tu anjing dia gigit. huhu. Kawan2 daku yg dua org tu agak terkesima juga la. Lepas mamat tu belah, derang tolong daku berdiri. Kami teruskan perjalanan utk main ping pong.

Tak tau la apa nak jadi dgn UK ni.

Trend yg org selalu cakap. Golongan professional and educated byk bekerja and ada anak sikit. Manakala golongan tak educated semakin ramai apabila derang bykkan anak masing utk hidup di UK di atas duit benefit yg diterima dari kerajaan. Akan semakin ramai org2 yg bermasalah.

Di US org selalu duk cakap yg 2012 adalah THE END utk mereka. UK pun akan sama juga. Economy and society derang akan musnah. Kalau mereka tak buat sth about it.

Menyumpah and menyampah daku kepada org2 yg buat pasal ini. huh.

Anyways,
Kat rumah baru dah ada internet dah. Minggu 3 pindah baru dapat. Okelah..

Oke!

Wednesday, August 03, 2011

Rumah baru

Ini gambar sebelum kami dapat kunci rumah baru. 2 weeks ago. Mmg cerita basi lah sebenarnya.

Bersyukur sgt sbb dpt rumah ini. Mmg kami agak susah, tak tenteram dan gelisah dibuatnya. Malam nak tidur pun tak lena sbb memikirkan rumah tak dpt lagi.

Kisah jumpa rumah baru ni:
Hari Isnin view rumah2. Hari Selasa view rumah2. Malam Selasa dah hampir give up utk rumah dan sedang consider flat underground yg luas tp sgt gloomy and buka tingkap nampak tembok. Huhu.

Hari Rabu pagi berkesempatan utk view flats. Terus berkenan. Tanya agen boleh masuk cepat tak? And boleh tanpa guarantor tak? Dia kata boleh. Petang Rabu tu terus sain and bayar deposit + 3 bulan rent. Agak kopak tp inshaAllah boleh manage. Daku sampai tak sempat nak ke majlis graduasi rakanku Dr Faizal sbb nak uruskan dokumentasi utk sewa.

Hari Jumaat petang dapat kunci. Alhamdulillah kami sudah lagi tidak bersituasi homeless. Just in time before Ramadhan.

Drama juga minggu tu. Tp happy endings sbb rumah baru ini so far mmg memenuhi expectations kami. Alhamdulillah. I really do feel that innallahama'ana.

Oke!

Wednesday, June 08, 2011

An Islamic History of Europe



Dokumentari yg menarik, talked about the history of Islam in Europe. This documentary should give you the correct idea that the birth of Europe was due to the contribution of Islam civilisation. Islamic way of life and way of thinking have led Europe out of their Dark Ages into a more civilised era.

As like my journey into Andalucia a few years back, watching this documentary had made me felt a mix of emotions of sadness and a sense good pride of my Islamic heritage that was really an advance civilisation compared to the Europeans at that time.

Do you know?

Andalucia was an acknowledged muslim land goverened by muslims and its loss at that time was felt by all muslims. However, from days to weeks, and from weeks to months, and from months to years, and from years to decades, muslims only managed to talked and talked about Andalucia that was taken away from them. In the end, people forgot about Andalucia, and the land was left without the muslims ever managed to claim it back. A sad end to a land that was once ours.

This is so ever similar to Palestine right NOW. Palestinian lands were taken from them and even though it is not forgotten by some muslims, it is also not even known by many muslims. We must realise this. A muslim land is being taken from us!

Compared to Andalucia, where knowledge was prosperous. Palestine has al-Aqsa, which is more important to muslims. It is the third most sacred place on earth! We have to realise this. We have to make others realise this. And we have to make contribution to the effort being put to protect this sacred place where Prophet Muhammad (SAW) had imam prayers with all the other prophets and messengers before carried up to see Allah SWT, our Creator.

Palestine being taken away from muslims is not just a crisis of humanity when the Zionist forced Palestinians out of their land, it is a crisis of our faith, a crisis of our aqidah. Muslims must become sensitive of Palestine in order to uphold their faith as a muslim.

You want to know more about Palestine? Here is an effort from Manchester - link. May Allah give us guidance in living our lives as proper muslims.

Wallahu a'lam.


Oke!