Friday, April 08, 2011

Something to learn

Ini adalah utk mereka2 yg nak dtg UK atau dah ada di UK atau yg kurang ilmu geografi. hehe ;)




Ini pula adalah utk melihat samada ramai tak org nampak apa yg daku nampak. So, can you see it?




















Anak2 itu adalah rezeki dari Allah. Jadi kalau nak rezeki, kena buat ape dulu?
Ans: 71:10-12

Wallahu a'lam.

Backin Up Song! hehe



"My daddy taught me good~!". Thanks Papa :D

Original witness vid:


Incident today:
SV tetiba kata: "You are popping out everywhere today!" -- Sbb daku mcm agak busy kesana kemari hari ini, and asyik terserempak dgn SV.
I was like (inside voice): "Yeah, I know this is how I should be like months ago in order for my work to get done!!" -- uhuh. disappointed at myself...


oke!

Monday, March 28, 2011

Ego

Ego - an inflated feeling of pride in your superiority to others. (ie Sombong)

Bahaya ego sbb kita merendahkan org lain dgn memikirkan yg kita ini adalah lebih baik daripada org lain. Semua manusia adalah sama, yg membezakan adalah amal dan iman. Bukan tugas kita utk menentukan seseorang itu lebih baik atau buruk. Yg penting adalah kita beramal dan hanyalah Allah mengetahui kedudukan iman kita yg sebenarnya.

Islam dan Ego by Br Nouman Ali Khan. Jazakallah.



Semoga kita sentiasa dilindungi dari penyakit ego. Ketahuilah dgn ego itu boleh menukarkan kedudukan seseorang dari kedudukan mulia di sisi Allah kepada kedudukan yg paling buruk di sisiNya.

Ego kerana ketinggian ilmu.
Ego kerana kedudukan dalam masyarakat.
Ego kerana pengalaman.
Ego kerana harta.
Ego kerana etc etc etc

Byk reasonnya, tapi ingatlah kepada Allah adalah tempat yg sebaik2nya. Segala pujian dan syukur kepada Allah ke atas nikmat2 yg dikurniakan, yg jelas dan tak jelas.

"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur" An-Nahl (16):29.


oke!

Wednesday, March 23, 2011

Hadith 2 - Islam, Iman, Ihsan dan Hari Kiamat

Daripada Saiyidina 'Umar, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).


oke!

Sunday, March 13, 2011

Saya nak ingat ini

"Hidup ini tak selalunya berjaya, kadang kala ada yang kecundang..."




















Caption: Rice, a healthy, fast carbohydrate.


oke!

Wednesday, February 16, 2011

Secret recipe

Here is the ‘secret recipe’:

  • Fluid extract of Coca 3 drams USP
  • Citric acid 3 oz
  • Caffeine 1oz
  • Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
  • Water 2.5 gal
  • Lime juice 2 pints 1 qrt
  • Vanilla 1oz
  • Caramel 1.5oz or more to colour
  • 7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
  • Alcohol 8oz
  • Orange oil 20 drops
  • Lemon oil 30 drops
  • Nutmeg oil 10 drops
  • Coriander 5 drops
  • Neroli 10 drops
  • Cinnamon 10 drops
http://uk.lifestyle.yahoo.com/food-drink/coca-colas-secret-ingredient-revealed-blog-12-yahoo-lifestyles.html

Jangan minum coca cola!!!


oke!

Thursday, February 10, 2011

Motivasi kehidupan muslim

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Copy paste: link

Muslim Demographics:
- Interesting, mungkin ini adalah bagaimana kaum muslimin akan kembali menjadi penguasa dunia. Menguasai dan mentadbir alam ini berdasarkan syariatNya, inshaAllah.



- Di manakah role kita? Apakah yg kita sumbang dlm aliran masa ke arah kejayaan Islam di dunia ini? Ataukah kita hanya penonton?

Adakah kita yakin syurga itu adalah destinasi akhir kita? hmm...

Dan mereka berkata: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari tertentu sahaja.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah, yang mana Allah tidak akan memungkiri janji-Nya (janji Allah), atau kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?”
- Al-Quran 2:80


oke!

Wednesday, February 09, 2011

Permainan iPhone

Telahpun daku memiliki blackberry 9700. dan kemudian zaujahku pula memiliki iPhone 4.

Nyesal la plak beli blackberry. Rasa mcm iPhone lebih berbaloi sbb byk function (and games). huhu.

Antara hasil iPhone:




















Game Bulls i. Main baling dart dan apparently boleh main baling dart ke gambar org2 yg kita nak lepaskan geram. huhu.

Agaknya dia marah kita tak buang sampah aritu kut... ahaks

iPhone itu sgtlah pandai utk digunakan utk membuang masa. uhuh.


Oke!

Sunday, February 06, 2011

Di kala busan...

Tak elok lah berbusan ni. So, ade la jumpa perkara2 menarik yg kelakar di youtube.

I love funny things.





Hahaha. best2.

Tapi seriously, tahukah kita betapa penting sekali perubahan di Mesir?

Boleh jadi di Mesir lah titik turning point yg akan mensejahterakan masyarakat mesir, masyarakat muslim, dan seterusnya masyarakat manusia sejagat.

Doakan lah yg terbaik utk masyarakat manusia muslim sejagat. Janji Allah itu benar.

Kongsi hadith:

Dari Nukman bin Basyir ra katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Huraian lanjutan dari blogger lain sini.

The FINAL ENDING OF ALL ENDINGS is NEAR. ya Allah, selamatkan lah daku dan keluargaku serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. amiin.

oke!

Thursday, January 20, 2011

Alangkah Indahnya Hidup Ini



Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu



- an attempt utk kurangkan habuk...

oke!

Tuesday, January 04, 2011

Happy birthday Ayang!


Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ayang...

Semoga sentiasa menuju ke arah kejayaan di dunia and di akhirat...

First time abg bake cake utk ayang, I am very happy that you liked it!

Love you



More:
- mmg berhabuk la blog ni. haha

oke!

Friday, October 29, 2010

Another first

Alhamdulillah. Another first. First car that we bought. Details kereta:
VW Polo S (55), 2003, 1198cc, 5door hatchback, Manual, Petrol.

Kereta tinggalan akak ipar Jue, kakMunirah. It is a decent car. Need a few repairs. But InsyaAllah tak perlu repair byk2. Tujuan dapatkan kereta:

1. Mudah bergerak ke sana ke mari tanpa restrictions
2. Making my wife happy

Maybe because of this car, kami akan rasa selesa lebih skit hidup di rumah 22 ini. Boleh jalan2 :)

Weekend hari tu:










Pegi Chesire Oak Designer Outlet ikut trip MSSM (Malaysian Society). Second time pegi and agak dissapointing juga bila byk perkara2 yg kita tak minat utk beli. Sale pun takde la byk sgt.
Pegi sana makan fish tanpa chips dan beli belah brg2. Antara yg terbeli adalah baju utk daku dan kasut baru utk ayang. Suka benar dia pada kasut yg tgh murah tu. Tinggal lagi 2 kotak aje setelah kami beli. Kasut Reebox. So, berpasanglah kami dgn kasut Reebox masing2.

Buku Nota Malaysia:

Terjumpa buku nota ni gunaan seorang adik ni di Manchester. Nostalgic benar. Belakang buku yg tertulis objektif dan cabaran wawasan 2020. Dan bawah tu ada sifir2.

Hmm, sejauh manakah usaha ke arah wawasan ini on track?
Or adakah setakat memenuhi belakang buku nota sahaja?
Or mungkin model wawasan 2020 ini, by that time, tak diterima sbb ada model lain yg lebih berguna?

Usaha tangga kejayaan. Allah Maha Merancang.


Autumn indah:













Cantik autumn, pokok depan rumah mengalami penukaran warna daun dan keguguran daun. Cantik la so bergambar lah kami. Sekarang ni, depan rumah penuh dgn daun2 yg perlu disapu. huhu.

More:
- lab work tak jalan sbb berdemonstrating. uhuh
- demonstrating insyaAllah dapat 16 hours of pay. good2
- mentol kanan keta dah tukar. yakin drive malam.
- maksuNita dah dtg dan pergi Manchester. terima kasih ziarah kami. petang ni maksuNita arrive KLIA. kesian beliau yg kepenantan.
- itu dan ini

oke!

Friday, October 15, 2010

Ragam manusia

Ragam manusia. Mmg bermacam2. Takde nak cerita ape2 tapi just nak point out. Ragam manusia mmg bermacam2. Tak akan pernah daku akan berhenti dari melihat berbagai ragam manusia. Lain tempat, lain pula ragamnya. Ragam.

erm, apa maksud ragam ek? whatever lah. live and learn, live and learn.

Show and Tell:

This is what my second desk look like. Every day ke sekolah, daku bawa laptop itu. uhuh.















Ini adalah garmin yg telah kami beli a few months ago. Used it many times in UK since then. Used it once in Malaysia. Fantastic device. Love it.















White goods? Mmg racist benar poster ini...



















Syafea anak Shabu. Terlena atas sleeping bag. So kitorang bermain2 gambar dgn letakkan Quran and buku Petunjuk Sepanjang Jalan. Mmg penat benar Syafea membaca ye... hehe















Ayang berposing dgn pokok2 semasa demonstrating lama dahulu. Skg ni demonstrating lagi. Kesian benar ayang sbb penat berdemonstrating. Nanti abg urut kaki ye...



















Hasil tangan ayang, onde-onde. Pandai benar beliau memasak kuih muih dessert. I like~














Perencah rendang daging adabi. Mmg sedap. Nak pesan la org Msia pos/bawa mai lagi.















More:
- kerja lab seperti biasa, sibuk
- lab book masih lagi dlm proses nak kena update and organise lebih.
- minggu depan ada meeting la plak.
- esok pegi Chesire Oak designer outlet. nak kena beli kasut utk ayang la nanti insyaAllah.
- lesen provisional tak dapat lagi.
- keta VW kakMunirah tak dapat confirm lagi.
- tangki rumah melimpah lagi. Patutnya hari ni ada org dtg repair, tapi takde la plak. Landlord yg sengal. uhuh.
- bila lah nak bersukan balik ni. rasa mcm badan tak cergas, minda tak cerdas. asyik main wii tennis aje. huhu.

oke!

Wednesday, September 22, 2010

Sunyi malam

Sunyi benar malam ini. Dengan ketiadaan ayang yg telah pegi London. isk2.

Ayg pegi London pagi tadi sbb ikut lab group pegi attend meeting/conference di Imperial College. Sunyi benar bila ayg takde di rumah.

Hujan2 di luar rasa mcm kuat benar turun. Tapi sebenarnya rintik2 aje sejak petang tadi. Sunyi benar bila ayg takde di rumah.

Tapi esok, ayg balik rumah :) baguslah ayg tak pegi lama2. Abg minta maaf ye sbb abg mungkin besar tak boleh sambut ayg di rumah masa ayg balik sbb masa tu abg di sekolah lagi. huhu. Abg janji, abg akan masakkan ayam kicap utk ayg bila balik esok ye. I'll try my best to cook deliciously for you :)

Inilah ayg daku, yg pandai belajar buat phD di Manchester. Link. Terrer benar beliau. I am so proud of you :3

More:
- kena bykkan kerja lab kerana agak ketinggalan lately.
- friday ni nak present poster di symposium faculty of life sciences. kami berdua akan tampal poster kami.
- budak2 freshers dah sampai tapi belum ziarah atau jumpa mereka - kita sibuk dan jauh sedikit. huhu.
- di freshers fayre kami join beberapa society termasuklah bernandos charity, isoc, international soc dan malaysian soc. keeping our eyes open for events that we could go to :) -- trying to have a life outside phD and community melayu.
- muhasabah, muhasabah, muhasabah -- insyaAllah, I will find a way.

Maher Zain - Insha Allah



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


Oke!

Friday, September 17, 2010

A new low

Dapat email dari SV:

Dear Naqiuddin,

Could you meet me and Pauline this Friday at 1.30? We need to talk through your current research as I am becoming increasingly concerned about the progress you are making and the impact this is having on your PhD programme

Thanks

Geoff


Doesn't sound good. Tadi meeting. Dan ketahuilah daku sebenarnya bermasalah dlm phD ini.

Tak ske. Tak ske. Tak ske.

Minggu depan jumpa lagi mereka.

ya Allah, permudahkan lah urusan2ku, hilangkan lah rasa malas ini. kurniakan lah inspirasi kepada daku terhadap phd in micrbiology ini.

Sambung lah buat keje. Itu dan ini dan itu kembali. huhu.




















Stress...

oke...

Tuesday, September 14, 2010

Happy Birthday

Alhamdulillah 25x. Daku telah dipanjangkan umur setahun lagi. Kalau potong kaki ni, nampaklah 25 urat menunjukkan daku berumur 25 tahun. Kita patut cakap "baru 25 tahun" atau "sudah 25 tahun"? hmm. Ikut topic perbincangan lah kot.

Ayang tolong buat makan2 sket hari ni. Jemput lah Hadi dan MekYu. Terima kasih kerana sudi menyambut birthday daku ini.




















Hadi tolong buatkan kek moist chocolate. Sedap. Mmg kek yg serupa dihidangkan raya haritu. Menu lain2: satay raya MekYu, strawberry masam dan mee bandung set yg Ayang masakkan. best2.

Lepas makan sembang2. dan lepas tu mereka beransur. insyaAllah malam nanti kita sujud syukur dan doa lebih sket nak minta Allah panjangkan lagi umur kita utk terus beribadah kepadaNya.

Thank you Allah for segala kurniaanMu yg tidak putus2. Daku mahu menjadi seorang hambaMu yg sentiasa bersyukur kepada nikmatMu. Sesungguhnya daku tidak layak masuk syurgaMu tapi tidak pula daku mahu masuk nerakaMu. ya Allah, please Allah, masukkan lah daku di dalam golongan yg Engkau redhai.

Terima kasih Ayang for the small and sweet birthday celebration :) I love you.

Oke!

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya!

















Maaf Zahir dan Batin.

Semalam buat open house. Tapi tak tangkap gambar pun. uhuh. Asyik lupa bergambar la kami ni lately. huhu.

Anyways, tahun depan kami determined nak balik raya Malaysia! Nak bawa zaujati raya KB! insyaAllah insyaAllah insyaAllah.

Selamat2.

Oke!

Wednesday, August 11, 2010

Selamat menyambut Ramadhan 1431



















Niatkanlah keikhlasan menunaikan ibadat. Semoga amalan di bulan Ramadhan diterima Allah insyaAllah :)

Ramadhan tahun ini special sbb daku dapat sambut dgn zaujati.
I love it.

oke!

Thursday, July 29, 2010

22 Chelford Close

Lama benar tak post ye. Maaf lah kerana tiada mood utk posting lately. Asyik ada perkara lain yg lebih menarik aje nak buat. Anyways, posting ini adalah menunjukkan gambar2 rumah baru.

Living room:











2 brown leather sofas, 1 study desk, 1 corner table/drawer, 1 center table (guna utk makan hari2), 1 curtain yg tak best. Telah pun digantikan dgn curtain lace beli dari Birmingham haritu. best2.



Kitchen:














Bersihkan habuk2 dan kotoran degil...

1 washer, 1 fridge/freezer, 1 electric kettle, 1 microwave, 1 toaster, dapur gas and oven standard. Byk pinggan mangkuk ditinggalkan, tapi tak nak guna sbb design tak best. haha.




Bathroom:











Decent bathroom. Nothing much to complain except that window toilet tak bleh buka making it difficult to dry the bathroom. No fan too. Everything else is new. Toilet, sink mirror, bathtub, electric shower and shower from tank water.

One of the storerooms:




3 store rooms. Ample space for all the other stuff. This one is mainly used for clothes not currently in season. Jacket and coats, etc.






1 Bedroom:












1 double bed, 1 double mattress, 1 closet, 1 standing lamp, 1 study lamp, 2 bedside table/drawer.













Itulah dia rumah baru. Mmg gambar baru masuk. Skg ni dah mcm2 barang dah ada. Dah kemas semua. Byk juga sebenarnya barang2 kami ni. Summer sale mcm2 tapi malas nak berbelian sbb rasa byk sgt barang kat rumah ni. huhu.

Rumah masih lagi bermasalah. Masalah house wiring yg masih tak betul (tak bleh guna lampu siling). Masalah tangki air yg kadang kala bocor air, habis basah karpet. uhh.

Semoga daku lebih rajin mengupdate blog ini in the future. insyaAllah.

Berpuasa lah di bulan Syaaban kerana itu adalah sunnah. Panjang la pula siang hari di bulan Julai ini. huhu. Bertahan~

Oke!

Saturday, May 22, 2010

Barak Allahu Lakuma

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshiping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير





- ramainya rakan2 kenalan yg kawen tahun nih... ada pertandingan ke? haha. kalah lah kita... selamat2 semua~!

oke!

Tuesday, May 11, 2010

Entah lah...

Bila dah penat2. Kita rehat dan penatkan diri lagi.

Buat kerja pokok2. Dan buat kerja piring2 petri.

Mutabaah amal dibuat. Cuba baca pengisian ilmu agama.

Berita terkini. Bukan hiburan sensasi.

xBox itu adalah permainan yg best. Beli controller dari eBay utk main FIFA 2010.

Mata kuyu, mata layu. Muka cedera jatuh di taman permainan.

Pergi dentist. Doktor cadangkan buat continuous treatment di UK. Tak perlu buat treatment di Malaysia. Mulut infection. Ada abscess di gusi.

Starch spray esok sampai kata pakcik kedai pound saver. Baru nak order sbb ada org bertanya ke?

Nasi lemak sedap. Roti parata pun sedap makan dengan dhal. Lain kali akan try masak nasi ayam instead utk hidangan orang.

Main tennis kena belajar limit. Jangan main redah main aje. Penat badan. Sengal2 sendi. Kan dah padan muka.

Sambunglah kerja ini. Entah lah...

oke~