Tuesday, June 07, 2011

Dovestone Reservoir

We went here utk tadabbur alam. Lokasi on google map. Kami cari spot sebelah sungai kecil utk picnic and then jalan2 pusing keliling air takungan itu. Mengambil masa 1jam juga nak habiskan jalan keliling air itu. huhu.















> Di tepi sungai kecil















> Menikmati cuaca yg elok















> Dekat sungai lagi















> Mencari Edward di hutan belukar















> Melihat peta tempat takungan air ini















> Mallard ducks merata2















> Can you see me?















> Di sinilah kami picnic















> Merenung, tapi sebenarnya tgh tunggu di sebelah jalan sbb nak elak anjing!















> Lihatlah air itu, ada org main sailing juga.















> Air yg banyak.

Hari Ahad esoknya, pegi carboot and makan kebab:







Link













Daku menang dari segi posting pasal ini dulu. haha!

Oke!

Monday, June 06, 2011

Anniversary kami

Anniversary Graphic #134

Anniversary | Forward this Picture

Dari saat kita bertemu di terowong itu, sehingga saat daku sedar pagi tadi dikejutkan. Daku gembira akan anugerah Tuhan kepadaku dan tidaklah daku mahu menjadi org2 yg zalim.

Menangisi dosa, bersyukur akan kurnia, dan mengharap pada bahagia Syurga.

I love you Furzani. Thank you for bearing with me for a whole year! I know it is not easy, but hopefully we will inshaAllah make something out it.

Next year will be a better year!

Love,
Abang Naqiuddin

Oke!

Sunday, June 05, 2011

Suka aje

Interview yg best, daku nak interview anak daku juga la nanti.



Tapi kami tak pregnant lagi la. huhu. Belum terima rezeki.
Erm, usaha tangga kejayaan?

Tapi risau gak kalau dapat anak, tau ke mcm mana nak jaga?
Adakah kami ini layak digelar ibu bapa?
To myself, phD ni pun tunggang langgang, nak jaga anak mcm mana?
2 perkara yg berlainan kut.

Apa yg daku tau kalau dapat anak nanti:


Selamat mendapat gelaran datuk kepada mereka2 di Malaysia, semoga gelaran disampingi dgn keperibadian yg mulia.

Papa, Mama and Ain di Kelantan main lawn bowl pagi Sabtu.
Daku and Furzani pegi Dovestone Resovior utk tadabbur alam.

Furzani said: "Tak tau la nak buat mcm mana...". Kemudian menyanyi. (Pandai nyanyi)

I love you, I'm so sorry.


Oke!

Saturday, June 04, 2011

Daku stress

Tapi stress ini telah direka oleh daku sbb daku tak tau nak panggil ape lagi benda ni.
Penyakit malas kut yg telah menyebabkan stress ini.

Teringat:
- Negative feedback loop dalam sistem metabolism biology. Yg mana kalau malas, datanglah stress, kemudian stress itu telah membuat negative feedback loop utk malas dan kemudian stress lagi. Loop ini akan berterusan. Tapi sampai bila?

Orang mukmin tidak pernah stress:
http://muslim.or.id/tazkiyatun-nufus/orang-mukmin-tidak-pernah-stres.html

Kena ubah paradigma:





Video yg sgt lama. Nostalgic sebentar.
Tapi daku tertanya, mana pergi daku punya reaction ketika dulu? Kenapalah daku layu sgt nih... huhu

ya Allah, kuatkan lah semangat kami...

Oke!

Friday, June 03, 2011

Buang tabs lama...

Daku ini seorang yg suka kekemasan, tapi rasanya feature ini telah semakin lama semakin diabaikan sbb mula masuk penyakit lain ini...

Penyakit apa? penyakit MALAS. Daku tak sangka yg penyakit ini semakin lama semakin menular dlm diri ini. huhu. oh Allah, please help me.

Tabs dari Mozilla Firefox yg simpan tapi sebenarnya tak guna. Dah berhabuk pun. huhu.

Untuk direct download mp3 files:
1. http://beemp3.com/index.php
2. http://www.jimmyr.com/mp3_search.php

How to stop being lazy:


Google Pacman:
http://macek.github.com/google_pacman/

Itu je kut. Nanti letak lagi la utk kemaskan internet browser ini.



Oke!

Thursday, June 02, 2011

There is a secret, can you keep it?

Ini bukan post pasal citer yg Furzani ske tgk tu... ahaks.

Secret Halal Meat:



Rupa2nya byk supply halal meat. Tapi cuma kita je yg tak tau. huhu.
Bagus la juga in a way priest/org kristian ni nak transparency dlm asal usul daging makanan. Meaning kalau betul byk supply daging halal, lagi senang la nak hidup kat UK ni.

Teringat 1:
- ada org tu kata yg boleh aje makan daging ayam yg tak sembelih kat UK, asalkan baca bismillah before eating... hmm... nampaknya tak valid lah sbb makanan halal quite easy to get.

Teringat 2:
- sebelum fly pernah org cerita (cikgu kut), yg budak2 melayu oversea dulu makan aje kfc and sbgnya walaupun tak halal. kata mereka: "Janji bukan babi". hehe. Org2 yg pandai tapi kurang pandai.

Teringat 3:
- Daku diberitahu bahawa Dr Yusuf Qardawi rasany pernah keluarkan fatwa yg boleh aje makan makanan yg bukan sembelihan muslim. Guna dalil Quran and Hadith. Very appealing tapi masih juga tak valid utk kita sbb makanan halal agak easy to get. huhu. Details on that fatwa kena cari sendiri la ye.

Persoalan:
- Kenapa kita kena sembelihkan haiwan2 ini utk kita halalkan pemakanannya? Adakah benar kata priest itu yg daging halal adalah daging sembelihan from worship?

Terbayang: adakah reaction dia serupa dgn kita, kalau kita amik makan oren yg digunakan oleh org cina yg letak di tokong2 sembahan mereka?


Firman Allah bermaksud:
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui."

(Al-Baqarah: 168-169)


Oke!

Tuesday, May 24, 2011

Beli buku

Mencari2 buku di city. Akhirnya beli juga 3 for 2 travel guide books. Usaha utk mendidik diri ttg tempat2 di eropah ini.

On the way balik Pn Furzani sibuk benar dgn iPhone beliau. Note bus stop di bbc building along oxford road.

Jom travel!

Monday, May 16, 2011

Kedai donat

Kami pegi city center utk beli seluar sbb dah ketat. Lepas tu pegi masuk kedai donat utk pinjam tisu nak hembus hingus tapi in the end makan donat and minum lemonade juga. Hehe.

Sneaky

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=guQ_KRsJDho&feature=youtube_gdata_player

Signboard

Tulis di atas

Sunday, May 15, 2011

Refer to previous post

Gambar tak lepas

Chilling di kedai dessert Vanilla

 

Best benar keluar malam pegi makan dessert di Rusholme. A slice of cake each and a milkshake to share. Love it! Cuma lagu2 bollywood and bising org sebelah gelak je yg kacau skit.



This is a test for blogging from my iPhone.

Sent from my iPhone

Friday, April 08, 2011

Something to learn

Ini adalah utk mereka2 yg nak dtg UK atau dah ada di UK atau yg kurang ilmu geografi. hehe ;)




Ini pula adalah utk melihat samada ramai tak org nampak apa yg daku nampak. So, can you see it?




















Anak2 itu adalah rezeki dari Allah. Jadi kalau nak rezeki, kena buat ape dulu?
Ans: 71:10-12

Wallahu a'lam.

Backin Up Song! hehe



"My daddy taught me good~!". Thanks Papa :D

Original witness vid:


Incident today:
SV tetiba kata: "You are popping out everywhere today!" -- Sbb daku mcm agak busy kesana kemari hari ini, and asyik terserempak dgn SV.
I was like (inside voice): "Yeah, I know this is how I should be like months ago in order for my work to get done!!" -- uhuh. disappointed at myself...


oke!

Monday, March 28, 2011

Ego

Ego - an inflated feeling of pride in your superiority to others. (ie Sombong)

Bahaya ego sbb kita merendahkan org lain dgn memikirkan yg kita ini adalah lebih baik daripada org lain. Semua manusia adalah sama, yg membezakan adalah amal dan iman. Bukan tugas kita utk menentukan seseorang itu lebih baik atau buruk. Yg penting adalah kita beramal dan hanyalah Allah mengetahui kedudukan iman kita yg sebenarnya.

Islam dan Ego by Br Nouman Ali Khan. Jazakallah.



Semoga kita sentiasa dilindungi dari penyakit ego. Ketahuilah dgn ego itu boleh menukarkan kedudukan seseorang dari kedudukan mulia di sisi Allah kepada kedudukan yg paling buruk di sisiNya.

Ego kerana ketinggian ilmu.
Ego kerana kedudukan dalam masyarakat.
Ego kerana pengalaman.
Ego kerana harta.
Ego kerana etc etc etc

Byk reasonnya, tapi ingatlah kepada Allah adalah tempat yg sebaik2nya. Segala pujian dan syukur kepada Allah ke atas nikmat2 yg dikurniakan, yg jelas dan tak jelas.

"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur" An-Nahl (16):29.


oke!

Wednesday, March 23, 2011

Hadith 2 - Islam, Iman, Ihsan dan Hari Kiamat

Daripada Saiyidina 'Umar, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).


oke!

Sunday, March 13, 2011

Saya nak ingat ini

"Hidup ini tak selalunya berjaya, kadang kala ada yang kecundang..."




















Caption: Rice, a healthy, fast carbohydrate.


oke!

Wednesday, February 16, 2011

Secret recipe

Here is the ‘secret recipe’:

  • Fluid extract of Coca 3 drams USP
  • Citric acid 3 oz
  • Caffeine 1oz
  • Sugar 30 (it is unclear from the markings what quantity is required)
  • Water 2.5 gal
  • Lime juice 2 pints 1 qrt
  • Vanilla 1oz
  • Caramel 1.5oz or more to colour
  • 7X flavour (use 2oz of flavour to 5 gals syrup):
  • Alcohol 8oz
  • Orange oil 20 drops
  • Lemon oil 30 drops
  • Nutmeg oil 10 drops
  • Coriander 5 drops
  • Neroli 10 drops
  • Cinnamon 10 drops
http://uk.lifestyle.yahoo.com/food-drink/coca-colas-secret-ingredient-revealed-blog-12-yahoo-lifestyles.html

Jangan minum coca cola!!!


oke!

Thursday, February 10, 2011

Motivasi kehidupan muslim

Betapa sayang nya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka… ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12

Copy paste: link

Muslim Demographics:
- Interesting, mungkin ini adalah bagaimana kaum muslimin akan kembali menjadi penguasa dunia. Menguasai dan mentadbir alam ini berdasarkan syariatNya, inshaAllah.



- Di manakah role kita? Apakah yg kita sumbang dlm aliran masa ke arah kejayaan Islam di dunia ini? Ataukah kita hanya penonton?

Adakah kita yakin syurga itu adalah destinasi akhir kita? hmm...

Dan mereka berkata: “Kami tidak akan disentuh oleh api neraka kecuali selama beberapa hari tertentu sahaja.” Katakanlah (wahai Muhammad saw): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah, yang mana Allah tidak akan memungkiri janji-Nya (janji Allah), atau kamu hanya mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?”
- Al-Quran 2:80


oke!

Wednesday, February 09, 2011

Permainan iPhone

Telahpun daku memiliki blackberry 9700. dan kemudian zaujahku pula memiliki iPhone 4.

Nyesal la plak beli blackberry. Rasa mcm iPhone lebih berbaloi sbb byk function (and games). huhu.

Antara hasil iPhone:




















Game Bulls i. Main baling dart dan apparently boleh main baling dart ke gambar org2 yg kita nak lepaskan geram. huhu.

Agaknya dia marah kita tak buang sampah aritu kut... ahaks

iPhone itu sgtlah pandai utk digunakan utk membuang masa. uhuh.


Oke!

Sunday, February 06, 2011

Di kala busan...

Tak elok lah berbusan ni. So, ade la jumpa perkara2 menarik yg kelakar di youtube.

I love funny things.





Hahaha. best2.

Tapi seriously, tahukah kita betapa penting sekali perubahan di Mesir?

Boleh jadi di Mesir lah titik turning point yg akan mensejahterakan masyarakat mesir, masyarakat muslim, dan seterusnya masyarakat manusia sejagat.

Doakan lah yg terbaik utk masyarakat manusia muslim sejagat. Janji Allah itu benar.

Kongsi hadith:

Dari Nukman bin Basyir ra katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Huraian lanjutan dari blogger lain sini.

The FINAL ENDING OF ALL ENDINGS is NEAR. ya Allah, selamatkan lah daku dan keluargaku serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. amiin.

oke!