





Mmg memenatkan bila mendaki. Beg berat benar. Ditambah pula dgn kurang preparation fizikal sebelum mendaki. Kat Liverpool tak berexercise pun. Hanya berhadapan komputer memanjang. huhu.






Kami mendaki perlahan2. Dgn penuh keazaman yg tinggi, akhirnya sampai juga. heh. Masa yg diambil utk sampai ke puncak Ben Nevis adalah 5 jam. Berehat2 di puncak stengah jam. Kemudian kami turun mengambil masa selama 3 jam stengah. Not bad. Tapi mmg benarlah ramai gle org potong kami masa menaik dan menurun. huh.






Di puncak, viewnya adalah wonderful. Dapat lihat kawasan pergunungan sekeliling. Mmg berbatu2 di puncak tuh. Di atas tuh ada true summit (lihat gambar daku duduk atas batu di atas). Ada juga memorial, dimana org ramai letakkan memorial2 org2 tersayang yg dah mati. Ada juga mcam tempat shelter (dibina dari batu2) yg dah termusnah.



Cuaca tak sejuk sgt pun. Mmg best memandangkan summer yg panas minggu ni. Masa panas pergi lah tempat sejuk. heh. Lepas turun, kami berehat2 di sungai kecil sebelum kami bertolak ke Glasgow dan bermalam di sana sebelum keesokan harinya balik ke Liverpool.




Mendaki Ben Nevis adalah pengalaman yg best. Penat dan best. Terima kasih Faisal kerana mengajak daku sekali mendaki. Tak susah pun mendaki Ben Nevis ni. Ramai benar org mendakinya. Budak2 kecik pun mendaki bersama2 keluarga masing2. Gunung tuh mcam destinasi keluarga juga la.



Ape2pun, semalam adalah tarikh lahir en Azam di sini (gambar kiri sekali membelakangkan camera) . Kami makan luar malam semalam sempena birthday beliau. Tapi yg heran nye, takde sapa2 pun belanja Azam. haha. Namun, daku doakan agar beliau panjang umur dan murah rezeki selalu. amiin. best2 yeah!