Wednesday, May 31, 2006

Exam is over so jom main game

Sudahlah selesai exam semester 2 year 1 tadi. Biochem telah dijawab dgn ilmu yg cukup akan tetapi teknik dan cara jawapan tidak lah memberangsangkan. uhh. Bagaimanakah daku mahu memajukan diri dlm cara menjawab soklan peperiksaan nih? huhu.

Tomb Raider Legend yg telah diberikan oleh abg kandungku dari Malaysia, Adin, telah lah daku install. Memakan 8G hard disk space laptop ini. Tapi ia mmg berbaloi, game ni best btul lah! yeah2. Nampaknya daku akan berbusy bermain inilah summer ni. hoho.

Lepas exam tadi pergi makan kat rumah kakYus and abgOne. Makan lunch hasil baki2 makanan mereka makan ngan keluarga abgMaaruf. Mereka telah pun selamat menaiki kapal terbang balik ke Mesia dah. Alhamdulillah.







Dan seperti yg dahulu, PS2 abgOne menjadi serbuan kami. Ely juga main dan mmg best la. Lihatlah gambar dimana menunjukkan kerusi dan stering yg dipasang kepada PS2 tersebut. Best gle main. Nak main lagi la.

Ape2pon, tadi makan bersama2 di tempat kakEja sempena birthday cik Ely esok hari. Kenyang dan nampaknya genetics coursework tidak akan disentuh malam nih. haha.

Tuesday, May 30, 2006

pengajaran gingerbreadman

Di Malaysia rasanya susah nak jumpa gingerbreadman. Menurut KakRuby, anaknya bebaru nih baru membaca cerita pasal gingerbreadman ni. Daku dulu pun pernah baca juga ceritanya tapi skang ni tak ingat la pengajaran cerita tuh ape. Tapi kita bleh je buat pengajaran sendiri. Tgk lah gingerbreadman tuh, sungguh gembira. Senyum2 sokmo aje kejenya. Walaupun dia akan dimakan oleh makhluk2 Tuhan yg lain, keadaan mulutnya tetap memberikan senyuman. So, walau apa pun nasib atau dugaan yg menimpa diri kita, cuba2 lah kita mengcomparekan nasib kita ngan gingerbreadman ni. Pastilah kita akan rasa bersyukur dgn mulut tersenyum. sekianlah pengajarannya. heh. bakat gle.








Semalam makan lah lagi di rumah AbgAzmi and KakLiza yg beranak Umairah. Tujuan buat makan2 adalah utk perpisahanlah antara kita dan keluarga abgMaaruf. Tambahan pula, abgAzmi and family akan balik mesia utk sebulan. Rasanya dah bertolak ke London dah arinih. Selamatlah perjalanan kepada mereka2 ini.

Tadi exam genetics amat lah meresah gelisahkan. Alhamdulillah dari hasil kata2 semangat dari rakan2 sedunia dapatlah daku menenangkan diri sedikit sebelum masuk dewan. Terima kasih kepada mereka semua. InsyaAllah bleh mendapat markah dgn kadar yg sederhana. huhu. Paper biochem esok. I don't know why but these 2 last papers ni rasa cam lama btul nak sampai. uhh.
Ape2pun, bermulalah strategi menghafal utk hadapi exam biochem. best2 yeah!

Monday, May 29, 2006

makan2 kat rumah kakJu and abgKhairul

Makan2 lah lagi hari nih. Di rumah kakJu. Menurutnya, tujuan buat makan2 ni adalah sebagai ucapan terima kasih kepada mereka2 yg telah menolong mereka settle down dulu2, selamat perpisahan kepada keluarga abgMaaruf dan juga utk treat kami2 yg tolong bungkus makanan arituh. heh. Ape2lah, makanannya sedap. Sangatlah sesuai dgn musim summer ini, berBBQ dan makan byk2. yeah2













Kami dtg awal. Merasalah juga ayam2 yg panas2. Terima kasih diucapkan kepada abgKhairul dan kakJu kerana menjemput kami makan2 sekali.













Balik aje bilik, cubalah daku start study kembali. Namun malangnya tak dapat2 moodnya. Rami (org Paki) dtg bilik main game di laptopku. Baca2 genetics, mengantuklah pula hasilnya. Dah la nota genetics tidak memberangsangkan. Baguslah bahawa genetics exam adalah MCQ. huhu. ya Allah bantulah kami...

Myteam kalah tipis lawan team Malaysia. 2-1. hoho. cuba lagi lain kali. Utk mangsa gempa bumi, semoga Allah permudahkan dugaan yg dihadapi mereka ini. ya Allah, jauhilah diriku dari segala malapetaka bencana, lindungilahku dan sesungguhnya kepada Engkau kami memohon segala pertolongan.

Saturday, May 27, 2006

makan2 org SB

Alahai kenyangnya manusia ini. hehe. Pergi makan2 di rumah AbgOne dan KakYus. Jamuan makan2 utk org2 SB dekat2 sini aje. AbgMaaruf and family, AbgAzmi and Family dan kami2 yg bujang2. huhu. Lupalah daku tadi utk mengambil gambar2. uhh.

Makan nasi ayam. Terima kasih kepada mereka yg menyediakan makanan. Hidangan bersama ini adalah kali terakhir di St Micheals Flat sana kerana AbgMaaruf and family akan bertolak ke Malaysia tercinta setelah 3tahun tak balik (kerana sibuk membuat PhDnya). alhamdulillah, tahniah lagi sekali kepadanya. AbgAzmi and family pula akan pulang ke tanah air utk sebulan utk melepaskan rindu org tanah melayu. hoho. ape2lah...daku tak balik mesia tahun nih. huh.

Fun to know that AbgOne ada PS2 dan berbagai2 aksessori tambahan utk bermain di rumahnya. Merasalah tadi bermain PS2 dan menggunakan wheel and pedal utk bermain kereta...hoho. best2. patut la org muda mudah ketagih bermain. Syukurlah kepada disiplin yg di kenakan oleh my parents supaya daku tak seketagih seteruk mana pun. huhu. main skit2 je. tak reti benar bermain PS nih..huhu

Ape2pun, boleh menjadi reason utk melawat AbgOne dan KakYus kerana mahu mencuba lagi bermain PS2 itu. Sungguh best...yeah2.

Amaran utk mereka yg ingin bermain PS, pastikan anda tidak ketagih supaya matlamat hidup tidaklah terjejas. Benarlah kut cerita en Saddiq itu dimana ada cerita tuh, org tu mati kerana main game byk sgt. huh. gle2.

birthday en Saddiq

hari lahir en saddiq jumaat 26th tadi. selamatlah beliau hidup selama 21 tahun. moga panjang umur dan murah rezeki. yeah2.













Kitorang pergi buat surprise skit2 aje kat bilik beliau. Sbb busanlah kalo birthday tak buat ape2 sgt. At least makanla ramai2. best2. kenyanglah sekarang setelah makan mee goreng dan pasta. woh.
Tak terlupa, terima kasih kepada cik Ely yg telah memberiku ubat sakit kepala. Sekarang tak sakit dah.bleh studi balik...muahaha. best2 yeah!

Friday, May 26, 2006

rumah kakRuby yg besar

Ini lah dia rumah kakRuby sebenarnya. Besarnya...kata en Saddiq. Daku setuju sekali. Amat culture shock sekali setelah masuk dlm rumah kakRuby sbb bilik kami kecil sahaja. heh.
Lihatlah gambar2 di bawah dimana telah diambil di rumah kakRuby di Derby ini.



















Rumah yg besar dan agak seram. heh. Ditambah pula dengan cerita kakRuby dimana Siti Arifah melihat 'nenek'. Ape2pun, alhamdulillah, kami bermalam semalam tanpa apa2 ganguan.

Esok paginya hari khamis, kami keluar berjalan2 di Derby ini. Pertama kali buatku utk ke Derby manakala en Saddiq sudah 2kali. Benarlah kata2nya bahwa Derby ini lebih besar dari Loughborough dan lebih kecil dari Nottingham. Byk kedai2 dan ramailah manusia tgh hari itu. Tidak byklah daku membeli belah kerana tiada sgt nafsunya. Hanya ingin melihat Derby itu sahaja. heh.














Sempat juga en Saddiq memotong rambutnya dengan student diskaunnya di kedai barber. Beliau mahu kelihatan menarik apabila hendak pergi berjalan2 selepas exam nanti. baguslah.
Kami balik ke SB petang itu setelah solat Zohor menaiki bas yg mengambil masa hampir 2 jam kalo tak silap. Berpuaslah kami setelah dapat melihat rumah KakRuby di Derby itu. heh.

Penatlah daku, dan rasa mcam nak demam aje. Faktor utamanya adalah cuaca yg pelik benar. Dimana sekejap hujan dan sekejap cerah dan panas. uhh. Ape2pun, diteruskanlah studian utk exam ini. Dua paper seterusnya adalah Genetics dan Biochem. Cemerlanglah kita apabila belajar kerana utk mendapat keredhaanNya. insyaAllah.

best2 yeah!

Majlis Ramah Mesra Mahasiswa dengan Menteri

Rabu pagi paper DTAP amat memuaskan hati. Dengan pengetahuan sudah lulus membuatkan revision mudah. Dan ini ditambah lagi dengan examnya yg agak mudah. alhamdulillah, it was not a let down, terutama sekali setelah kekecewaan oleh paper plant semalamnya. uhh.

Petang itu, kami ada pergi ke Univ Loughborough utk event Majlis Ramah Mesra Mahasiswa dengan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Menterinya adalah Dato' Mustapha Mohamed. Daku baru tahu bahawa menteri pengajian tinggi ini adalah baru diadakan. Anyway, daku ke sana dgn tujuan utk bantu menolong mereka2 utk menjayakan majlis ini.













Tugas asalnya adalah menolong mencatit soalan2 yg dikemukakan dan jawapan2 yg diberi. Namun, daku telah berkesilapan setelah terikut masuk kereta ke rumah kak Ju. Dan terpaksalah daku menolong membungkus makanan. huhu. Maaf KakRuby kerana tidak dapat mencatat apa yg sepatutnya. Hukumannya adalah kehilangan pen daku di dewan makan. uhh.













Majlis yg agak berjaya. Ada juga org bagitau bahawa majlis ini adalah alasan sahaja utk menteri berjalan2 di oversea ini. heh. Tidak mengsurprisekan daku kalo itu kes sebenarnya sbb Papa pun pernah buat sedemikian dengan seluruh jabatannya utk ke Sarawak. Tujuan buat demikian agar boleh mendapatkan budget dari kerajaan. huhu.

Malam demikian daku dan en Saddiq telah berputus utk bermalam di rumah kakRuby. Ini kerana beliau mahu berpindah dan rumahnya di Derby itu belum lagi kami lihat. Inilah peluangnya sebelum mereka berpindah nanti. Apakah yg ada di rumah kakRuby? blog seterusnya. sekianlah, best2 yeah!