Friday, May 25, 2007

Ubat Ubatan

Hari ni telah pun sampai ubat ni. Supplements yg telah pun daku beli atas dasar recommendation dari en Saddiq. Nama supplement ni adalah Ginkgo Biloba. Mcam nama puak Afrika. heh.

Malang sekali, daku tidak beli awal2. Sekarang ini telah pun 4/5 papers exam telah selesai. Supplement yg dikatakan bleh membantu ingatan daku ni tak dapatlah kita lihat keberkesanan nya. uhh.

Ape2pun, so far 2 daku puas hati dan 2 daku tak puas hati. huhu. Doa2 aje agar suma dapat markah elok2 dan tidak fail. Paper last minggu depan dan mungkin paling susah. InsyaAllah kita berusaha ke arah utk menyenangkan nya.

best2 yeah!

Monday, May 21, 2007

Exam May 2007

Tgh exam skang ni. Berusahalah bersungguh2 naqiuddin. uhh.

Timetable, dari Univ Portal:
The University of Nottingham
Definitive Examination Timetable
Assessed by end of Spring Semester 06/07
Mohd Naqiuddin Bin Mohd Zairi (Student ID: 4039487 )

19 May 2007, 13:30
C124P2E1 The Dynamic Cell Seat Number 54
Sports Centre, Small Hall

22 May 2007, 16:30
D224F9E1 Analysis of Bacterial Gene Expression Seat Number 10
Sutton Bonington Plant Sciences LR11

23 May 2007, 09:00
D224F3E1 Food-borne Pathogens Seat Number 16
Sutton Bonington Committee Room

25 May 2007, 13:30
C12461E1 Microbial Biotechnology: Genes to Products Seat Number 44
Sports Centre, Large Hall

1 June 2007, 16:30
D224E1E1 Computing Techniques Seat Number 15
Sutton Bonington Charnwood Room

Esok ada ABGE paper. Akan bermalam di SB sbb esok nya ada Food Borne di awal pagi. Malas nak berolak awal dari UP.

Doakan lah kecemerlangan bersama. Selamat maju jaya kepada suma org Malaysia.

Best2 yeah!

Peak District

5 May arituh, agak lama dah rr, daku telah pun ke Peak District bersama rakan kenalan dari SB. Peak District ni kawasannya besar. Ia merupakan satu National Park yg dijaga dan terjaga. Kami ke Peak District ni utk literally jalan2. Sbb kami join trip under Rambling Society. Rambling yg bermaksud berjalan2, kalo tak silap. Dari WordWeb desktop dictionary, "ramble" membawa verb (yg ke-2) adalah "Move about aimlessly or without any destination, often in search of food or employment". huh?
Berikut merupakan 20 gambar yg berkaitan dgn jalan2 ini.








- ramai org yg sihat bersemangat utk pegi jalan2. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan.
- berehat sebentar tarik nafas
- laluan hutan yg awal2, pahtu ladang je.







- antara binatang2 ladang yg dijumpai. Kuda, ayam, kambing dan lain2 la. Babi tak jumpa.
- mereka2 (kakWan, kakRokh, kakEja dan en Saddiq) yg bergambar di ladang luas
- papan tanda arah jalan di tgh2 ladang yg tiada fungsi. heh







- Signboard welcome to Lathkill Dale (kawasan kami berjalan)
- pathway pejalan kaki yg kena panjat pagar batu2
- mereka2 yg selalu melambatkan org ramai. haha. belakang tu ketua ekpedisi jalan2 ni (muka dia cam pasrah je dgn org2 melayu ni...wakaka)







- senyum2 di ladang yg luas. ladang ni rumput agak panjang sbb kambing tak makan. kenapa kambing tak makan? sbb perut kenyang. uhh (actually kambing kat kawasan lain)
- kami pun rest makan setelah half way. makan nasi goreng yg daku buat pagi sebelum bertolak.
- posing di jambatan kecil







- laluan belukar yg ada stream
- laluan celah bukit2
- laluan jalan tar yg ada keta merah menawan. tak pasti brand ape. huh.








- atas bukit. belakang belukar dan ladang2.
- dah sampai Bakewell (pekan kecil mcam Banting kut) destinasi akhir dimana bas balik tunggu
- daku dan en saddiq berehat2 kepenatan menunggu masa bas sampai di taman tulips yg kecil.







- mereka2 yg bergambar dgn tulips di Bakewell setelah kepenatan
- leaflet Peak District dan options yg Rambling society sediakan. Kami ikut option yg terakhir. Paling jauh berjalan. Tapi kami yg selesai awal. yeah2.

Option yg kami ikut, description:
This walk visits Lathkill Dale, which is steep-sided wooded valley with caves. To get there requires walking past the village of Sheldon and through fields. Once in the valley, the route stays alongside the River Lathkill for a while before leaving it to get to Bakewell.

Route:
Ashford in the Water - path junction - Sheldon - road - Haddon Grove Farm - Lathkill Dale - Over Haddon via River Lathkill - path - Bakewell. 12km/7.5miles

Kepenatan keesokan harinya yg mana rumah 51 keluar tgk citer Spiderman3. en Saddiq sampai demam2. Daku sakit2 badan. Inilah akibatnya kalo tak prepare badan betul2. uhh. Lain kali mungkin tak ikut dah kut. Penat la. Tapi overall, best gak jalan2 tanpa tujuan ni. best2 yeah!


Wednesday, May 09, 2007

Turkey

Bersembilan kami ke Turkey from 26th March to 3rd April 2007. Ikhwan, Zaidee, Zamri, Ariff, Haziq, Ijam, Batu, Imran dan naQ. 5 hari di Istanbul dan 3 hari di Selcuk.

Day 1 kami tiba di lapangan terbang Sabiha Gokcen. Sesampainya di bilik accomodation, kami pergi bersolat di Blue Mosque. Blue Mosque dapat nama dari blue tiles di dinding2nya. Nama yg kurang dikenali adalah Sultan Ahmed Mosque.

Day 2 pada paginya kami pergi ke Museum of Turkish and Islamic Arts. Melihatlah kami art2s dan bermula lah pertembungan kami dgn budak2 sekolah Turki yg terlampau friendly dan terlampau ramai. Di mana sahaja kami pergi. Daku rasa mungkin minggu kami pergi ini adalah cuti sekolah.
Tgh hari itu kami mengikuti tour yg melibatkan cruise di Golden Horn estuary dan Bosphorous strait. Melihatlah kami kesan2 peninggalan Kota Constantinople. Sampai juga di kawasan yg mana rantai besi penghalang kapal perang masuk pernah ada suatu ketika dahulu.

Day 3 pagi kami ke sebuah Travel Agency yg mana kami berurusan dan membayar perjalanan dan tour utk Selcuk. Selepas selesai itulah kami ke Topkapi Palace. Tempat ini merupakan pusat pentadbiran semasa empayar Othman. Mmg besar tempat ini. Dan dlm Topkapi ada pameran2 koleksi porcelain, robes, weapons, shields, armors, Ottoman miniatures, Islamic calligraphic manuscripts, mural decorations dan juga byk harta2 dan jewelry.
Yg menarik sekali adalah sebuah bilik yg ada janggut, tapak kaki dlm clay, pedang, gigi dan lain2 lagi yg pernah dimiliki Nabi Muhammad s.a.w. Dlm bilik yg sama ada pakcik Turki membaca Al-Quran dlm kotak kaca kepada semua pelawat bilik itu. Malangnya semua pameran yg berkaitan dgn badan Baginda ditutup. Kotak2 itu hanya akan dibuka di bulan Ramadhan.

Day 4 kami berjalan lebih utk ke Süleymaniye Mosque (Masjid Sulaiman). On the way kami bergambar2 di hadapan pintu gerbang Istanbul University. Süleymaniye Mosque ini dibina oleh Sulaiman the Magnificent. Why magnificent? Tak silap kerana beliau merupakan seorang fair ruler dan pencegah corruption. Beliau dikenali sebagai Lawgiver dan beliau melengkapkan Ottoman legal system. Tak silapnya, pernah ada King from tanah UK menghantar wakil utk belajar system tersebut supaya dapat diaplikasikan di tanah pemerintahannya. Masjid ini besar dan cantik. Mmg mudah dilihat semasa kami menaiki cruise.
Kami juga masuk ke dalam Aya Sofia (byk style mengeja). Aya Sofia ni pada asalnya adalah Christian Church dan selepas penaklukan Constantinople, ia ditukar kepada Masjid. Dan sekarang ini kepada museum. Bangunannya cantik dan mmg lama. Ada kerja2 restoration di dalam dan di luar masjid. Daku dengar Sultan2 Turki sgt suka akan design dan kecantikan masjid Aya Sofia, dan mereka pun bina lah masjid2 yg serupa design. Berkubah besar dan bertiang2. Mmg standard structure masjid2 di Istanbul.

Day 5 adalah hari Jumaat. Kami pergi ke Masjid Eyub menaiki bas dan berjalan dgn jauhnya kerana masjid ini terletak di luar kawasan dinding2 Constantinople. Di sini ada makam sahabat Nabi, Abu Ayyub al-Ansari. Sebelum solat Jumaat kami memerhati persembahan di luar kawasan masjid yg berbentuk berzikir or nasyid (teka je,sbb ada dgr zikir2). Mereka bermain gendang2 dan trumpet2 yg berupa tradisional turki. Selepas solat barulah kami berpeluang utk menziarahi makan Abu Ayyub. MasyaAllah mmg ramai org2 berziarah, especially wanita2 turki. Selepas itu kami lepak2 bersembang2 dgn org masjid yg majoritinya tegur kami tapi tak cakap English. heh.
Pada pukul 7.30pm kami bertolak ke Selcuk menaiki bas 12jam. Menariknya bas mereka adalah kerana terdapat steward yg menjaga penumpang2 dan tukang membuat pengumumam. Ada 3 pekerja, driver, steward dan lagi sorang tu rasanya co-driver kut. Perkhidmatan bas mereka bagaikan kita naik flight. Bagi air, tisu basah, refill lagi. Mmg best la. Kami merentasi laut (shortcut, kalo tgk peta) menaiki ferry. Pagi pukul 1 naik ferry dan merentasi laut yg agak ganas dgn anging laut yg kuat. Mmg nampaklah bas goyang kanan kiri dlm tempat parking ferry. Alhamdulillah, selamat sahaja kami merentasi. hehe.

Day 6 kami tiba di Selcuk. Sesampainya di Selcuk kami terus ke tempat penginapan dan bersiap2 utk ikut tour pada pagi itu juga. Penat letak tepi dulu. Pagi itu kami dibawa menaiki bas mini (van besar?) diguide oleh Mahmet ke Ephesus. Ephesus adalah salah satu daripada cities Ionia di kawasan Anatolia. Maaflah daku tak berapa expert sgt dlm details zaman Byzantine. So takdelah dapat cerita sgt. Yg pasti pembinaan di city Ephesus ni adalah mmg semacam di Roman dan daku dapat lihat peninggalan aquaduck (sistem perpaipan city org Rome). Satu hari itu dlm hujan kami pergi ke Ephesus, Mary house, temple of Artemis dan gudang pottery turki. Mary house itu sebenarnya dibina semula dari landasan rumah asal. Dipercayai bahawa Maryam telah duduk di rumah itu di akhir hayatnya. Ada nun yg mukanya soleh menjaga rumah itu. Temple of Artemis tinggal satu tiang sahaja, yg asalnya mmg besar (ikut dlm gambaran). Artemis dipercayai salah satu 'God' yg macam Zeus. Dia ini ada byk buah dada dan adalah 'Goddess' of fertility. Di gudang pottery itu kami ditunjuk bagaimana mereka membuat pinggan2, mangkuk2 dan teko2 dari clay. Mereka juga tunjuk bagaimana nak test kualiti pottery. Daku tak berbeli ape2 walaupun mahu kerana sebenarnya tak mampu. huhu.
Lewat petang kami kembali ke accomodation dan berehat2 utk tour esok hari nya bersama dgn tour guide yg lain.

Day 7 kami ke Pamukkale. Again, daku tak berapa berinformasi pasal Pamukkale tapi tempatnya adalah macam Ephesus juga. 3 jam by car perjalanan kami utk ke Pamukkale. 6jam lah pada hari itu kami berada dlm kenderaan. Tempat Pamukkale ini lebih kurang mcam Ephesus. Lebih happening lagi la. Tempat itu adalah tempat hiburan zaman dulu. Ala2 Las Vegas yg pada zaman ini lah.heh. Lihat2 lah kami ruins2 dan gambaran2 city Pamukkale itu di museum di sana. Selain museum dan ruins, ada juga hot water spring. Ada yg indoor dan ada yg outdoor. Yg outdoor itu mengalir turun bukit dan berkapur dan licin dan putihlah kolam2 dan bukit itu. Tour guide kami kali ni adalah perempuan yg namanya tak ingat. Dia adalah muslim sekular. Yes, itu pasti sbb dia salah konsep yg diri masing2 adalah milik diri masing2. Free will la kirenya. Ingat, sebenarnya kita ini hamba Allah dan milik Allah. Kita ada tugas kita sebagai khalifah dunia ini.

Day 8 adalah hari bebas. Kami keluar berjalan beramai2 tanpa hala tuju. Akhirnya kami panjat bukit ke kota kedua Ephesus yg ada dlm kawasan pekan Selcuk itu. Kawasan ruins kota itu sebenarnya dipagar tapi kami telah menjumpai satu lubang di pagar dan kami pun masuk. Tiada guard. Atas bukit itu mmg dapat nampak seluruh pekan Selcuk. Kami bergambar2 dan panjat2 bekas2 bangunan dan pagar batu kota tu. Bermain2 juga daku dgn walkie talkie sampai habis bateri bila berkomunikasi dgn en Haziq utk dtg ke kawasan kota itu.heh. Beliau asalnya dari hotel sbb ada urusan toilet.
Pukul 9pm malam itu kami ke tempat menunggu bas nak naik lah bas malam itu utk kembali ke kawasan dekat Istanbul. Kali ini, suma agak tahu dgn servis bas dan tidak lagi teragak2 utk meminta2.hehe. Agak bermasalah sedikit pagi seterusnya itu apabila mahu mencari kenderaan ke arah airport Sabiha Gokcen. Tapi last2 sampai juga dgn bantuan tulisan "bantulah kami utk ke airport" dlm bahasa Turki, alhamdulillah.
Flight kami telah terdelay agak lama. Flight easyJet yg bermasalah. Masa nak sampai London pun ada masalah. Flight dah sampai airport dan mula turun tapi kemudian naik kembali. Gle rr, agak cuak kut penumpang2 masa tuh. Flight akhirnya dapat turun landing dan terus masuk hangar. Mmg confirm bermasalah kapal terbang dan bukan pilot nak main terbang2.huhu.

Itu lah dia Turki trip. Pengalaman yg menarik. en Ikhwan kata dia nak pegi lagi Turki, daku tak nak. Dah puas dah kut. Dah kira halal jejak kaki di TUrki. InsyaAllah tempat lain pula bila ada rezeki.

best2 yeah!

Wednesday, May 02, 2007

Living your days

A muslim must finds knowledge wherever there is truth.
CEO Mac ni cakap sth like this:

"If you live your days like it were your last,
one day it will be TRUE."

I remember death occasionally if not always. Death is the end of this world and the way to barzakh. But I always feel sad that even though I know this, I still am not living my days as it were my last. I know I am not. I am still afraid of mere small challenges of dunya and I always find myself with lagha with a lot of work pilling up. Astaghfirullah. May Allah help guide us all.

Ustaz Soleh yg akan balik ke mesia rabu ni. Selamat jalan dan insyaAllah murah rezeki kita berjumpa lagi. Maaf takde gambar depan2.










Daku dan en Acap naik tempat panjat2 ni kat UP Jumaat lepas. Just nak try out playground budak2. hehe. This is after the leavers party at East Lake UP. en Acap takut nak panjat tinggi2.