PUISI. Perhimpunan Ukhwah Islamiyah Seluruh Ireland. Daku pergi bersama2 dgn rakan notts yg junior. huhu. ramai nya dari notts pegi PMS. PUISI ni under PPIMI lah. Arituh daku ade join program PPIMI masa cuti spring dulu, tahun ni gak. eventnya CCMB (cuti2 musim bunga).
Bersamalah mereka2 ini dari notts yg mostly baru belajar naik plane kat UK yg telah pun byk security checks yg amat melecehkan. uhh.
Lokasi 2 hari pertama PUISI adalah di Tain. Kedudukannya berhampiran dgn northern eire. Dapat lah juga daku menggunakan telepon dgn line UK tanpa roaming semasa di sana. dapat lah juga call mesia, yeah2.
Gambar kat atas ni adalah rakan2 yg berada dlm group skali daku. Faci kami adalah brother Izwan. Group kami berahli berikut (di list agar tak lupa kemudian hari, insyaAllah) - Ikhwan, Kamal, Hasro, Imran, Ronny, Nawi, Amin dan daku sendiri.
Bergambar lah semasa time riadah. Sejuk lah juga tapi pemandangan mmg indah subhanallah.
Berjumpa dgn Raiz yg muka nya cam en Ihsan di Oz tapi rasanya perlakuan tidak lah sama. Raiz lebih cemerlang kut. haha :p.
Berjumpa juga dgn Usop yg mana muka serupa mcam meor. Dan sama lah juga daku rasa Usop lebih cemerlang dari Meor. haha :p. jgn marah, saje jer.
Hari ketiga PUISI adalah di Masjid Clonskeagh. Dan adalah juga persembahan dari group muslimin masing2 di malam terakhir. huhu. group daku dapat hadiah number 2.
Atas adalah antara org besar program kali ni. Br Ariff - pengerusi PPIMI, Ustaz Hasrizal - Penceramah utama, dan br Izwan - MC program.
Cantiklah sister atas ni yg memegang hadiah utk group kami sebelum kami terima. tak sangka sebenarnya. huhu. Gambar sebelah adalah kesemua muslimat yg menyertai PUISI tahun ni.
Melahaplah kami akan hadiah pemenang number 2.
Gambar atas kenangan class m03f yg berjumpa lepas program selesai. Gambar dgn br Izwan dan gambar kesemua muslimin.
PUISI kali ini bertajukkan "the 7 habits of highly effective muslims". Mainly kandungan adalah berdasarkan buku by Sean Covey. Tapi Ustaz Hasrizal dgn jaya nya memberi kan ceramah nya ke arah seorang muslim. Dlm konteks seorang muslim yg beragama Islam.
There was a lot of stuff that motivates me. Di sini daku menglist kan 7 habits tersebut:
Habit 1: Be Proactive
Habit 2: Begins with the End in the Mind
Habit 3: Put First Things First
Habit 4: Think win - win
Habit 5: Seek to understand than to be understood
Habit 6: Synergy
Habit 7: Sharpen the Saw
Sedikit summary - habit 1 to 3 adalah utk menguatkan diri manakala 4 to 6 adalah sebagai satu ummah dan sharpen the saw adalah habit utk kita reevaluate agar kita sentiasa muhasabah. Tidak lah daku hairan akan benda2 ini kerana Nabi (saw) kita telah pun menunjukkan habit2 yg cemerlang dan semestinya kita ikuti. Sunnah Nabi Allah.
InsyaAllah daku akan memanfaatkan sebaik mungkin ilmu dan motivasi yg telah diperoleh dari PUISI 2006 ini. Tahniah kepada badan penganjur dan terima kasih juga kepada Ustaz Hasrizal. Terima kasih juga kepada warga rumah Taro dan rumah Meor yg membenarkan daku menumpang bermalam.
Best2 yeah!
Thursday, December 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment