Semakin berbakat mereka2 yg membuat spam dan scam ini. uhh
Ingat lagi zaman muda2 dulu (lebih muda dari sekarang), email daku takda spam. Selepas beberapa ketika, mula lah org menghantar email junk ini. Mula2 satu dua dlm sehari dan lama2 kepada berpuluh2 setiap hari. Yahoo mail pun buatlah satu folder utk spam sahaja.
Mereka2 ini tidak berhenti di situ sahaja. Sekarang mereka berusaha pula utk menghantar ke dlm komen blog2. Dulu blog ni takde lawatan org spam. Entah mcam mana, start lebih kurang akhir tahun lepas mereka telah menjumpai blog daku ini dan membuatlah aktiviti spam.
Daku tak paham sgt sistem spam ni mcam mana? mungkin telah dikomputerise? Ape2pun, hari ini daku mendapat spam mail hardcopy. Scam la. Ia merupakan mail kedua yg telah diterima di 51 Ednaston. Ape scam nye? Menang lottery la. heh. Depa ni patut tahu loteri ini org muslim mana bleh terlibat. huh. Gambar kat bawah ni adalah mail 'menang loteri' yg baru dapat hari ini.
Mungkin org bertanya: Mcam mana nak tahu ni scam?
Hoho. Mudah sahaja. Mmg jelas sgt. Utk mail yg atas ni, ada beberapa hint. Sampul surat ada setem tapi setem dia tak di cop pos office. Jauh tau surat ni mai. Luar UK, dari Espada. Sijil juga telah disertakan sekali. Sijil mempunyai logo2 yg printing tak clear dan tiada cop yg meyakinkan. Ada front letter dgn berbagai2 informasi yg menarik termasuk lah tak bleh bagitau sape2 sebelum btul2 dapat duit. heh. Front letter ada sth berupa cop tapi penelitian membuktikan itu adalah printout aje. Ada barcode lagi, yg mungkin utk meyakinkan org. Dan paling penting sekali - daku tak pernah register pun utk lotery! uhh. Mmg rule of thumb la, you cannot win something if you didn't register or take part.
Bakat benar mereka ini. Berusaha bersungguh2. Daku rasa sayang pula nak buang hasil usaha mereka ini dan skang ni suma benda ni ada kat dinding sebagai hiasan bilik. heh. Menurut surat tu daku menang €615,810.00. Best nyer kalo benar. heh.
Wednesday, April 25, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wallamak.. repot pulis..
pastuh claim duit byk tuh...
Post a Comment