Sunday, February 06, 2011

Di kala busan...

Tak elok lah berbusan ni. So, ade la jumpa perkara2 menarik yg kelakar di youtube.

I love funny things.





Hahaha. best2.

Tapi seriously, tahukah kita betapa penting sekali perubahan di Mesir?

Boleh jadi di Mesir lah titik turning point yg akan mensejahterakan masyarakat mesir, masyarakat muslim, dan seterusnya masyarakat manusia sejagat.

Doakan lah yg terbaik utk masyarakat manusia muslim sejagat. Janji Allah itu benar.

Kongsi hadith:

Dari Nukman bin Basyir ra katanya,

“Suatu ketika kami sedang duduk-duduk di Masjid Nabawi SAW dan Basyir itu adalah seorang yang tidak banyak cakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata, “Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah SAW tentang para pemerintah?” Huzaifah RA lalu segera menjawab, “Aku hafaz akan khutbah baginda SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al-Khusyna (untuk mendengarkan hadis berkenaan). Maka kata Huzaifah RA, Nabi SAW telah bersabda,

“Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu. Maka berlakulah zaman itu seperti yang Dia kehendaki, kemudian Allah pun mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.

Kemudian berlakulah Zaman Kekhalifahan yang berjalan menurut cara Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah ia berlaku. Kemudian diangkat-Nya apabila Dia berkehendak mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Pemerintahan Yang Menggigit (Fitnah). Maka berlakulah zaman itu seperti yang dikehendaki oleh Allah berlakunya. Kemudian Dia mengangkatnya seperti yang Dia kehendaki mengangkatnya.

Kemudian berlakulah Zaman Pemerintah Yang Zalim (Diktator). Maka berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki ia berlaku. Kemudian Dia mengangkatnya apabila Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian berlakulah pula Zaman Kekhalifahan yang berlaku menurut cara Zaman Kenabian.”

Kata Huzaifah RA, “Kemudian baginda SAW diam.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam kitab Musnad Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat di dalam Kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1, hadis nombor 5.

Huraian lanjutan dari blogger lain sini.

The FINAL ENDING OF ALL ENDINGS is NEAR. ya Allah, selamatkan lah daku dan keluargaku serta kaum muslimin dan muslimat seluruhnya. amiin.

oke!

2 comments:

ihsan_huhu said...

aiseh xkawen ag

Naqiuddin Zairi said...

then, kawen la cepat2 ihsan ;) aku tau hg je yg memilih sgt...

2011 resolution hg? aku doakan yg terbaik ihsan!