Monday, March 28, 2011

Ego

Ego - an inflated feeling of pride in your superiority to others. (ie Sombong)

Bahaya ego sbb kita merendahkan org lain dgn memikirkan yg kita ini adalah lebih baik daripada org lain. Semua manusia adalah sama, yg membezakan adalah amal dan iman. Bukan tugas kita utk menentukan seseorang itu lebih baik atau buruk. Yg penting adalah kita beramal dan hanyalah Allah mengetahui kedudukan iman kita yg sebenarnya.

Islam dan Ego by Br Nouman Ali Khan. Jazakallah.



Semoga kita sentiasa dilindungi dari penyakit ego. Ketahuilah dgn ego itu boleh menukarkan kedudukan seseorang dari kedudukan mulia di sisi Allah kepada kedudukan yg paling buruk di sisiNya.

Ego kerana ketinggian ilmu.
Ego kerana kedudukan dalam masyarakat.
Ego kerana pengalaman.
Ego kerana harta.
Ego kerana etc etc etc

Byk reasonnya, tapi ingatlah kepada Allah adalah tempat yg sebaik2nya. Segala pujian dan syukur kepada Allah ke atas nikmat2 yg dikurniakan, yg jelas dan tak jelas.

"Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Pasti itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur" An-Nahl (16):29.


oke!

Wednesday, March 23, 2011

Hadith 2 - Islam, Iman, Ihsan dan Hari Kiamat

Daripada Saiyidina 'Umar, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:

Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.

Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.

Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).


oke!

Sunday, March 13, 2011

Saya nak ingat ini

"Hidup ini tak selalunya berjaya, kadang kala ada yang kecundang..."




















Caption: Rice, a healthy, fast carbohydrate.


oke!