Daripada Saiyidina 'Umar, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari,  tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian  yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada  dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami  yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan  kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya  atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku  tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau  naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu  utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan  zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah)  sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata:  Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya  dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman  itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya,  kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya  kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia  berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah  bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya  engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda  bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui  daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah  kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya  ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila  engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian  dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba  memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu  berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki  yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.  Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang  kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9  dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini  hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud,  kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63,  Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).
oke!
Wednesday, March 23, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment