Mari saya bercerita berkenaan binatang serangga yang pernah saya take part untuk pelihara.
Lebah. Oh lebah ini sentiasa mengingatkan saya tentang kehidupan saya yang lalu, semasa dan akan datang juga mungkin besarnya.
Lebah2 ni saya berjinak masa di KMB. Oh di KMB yg saya belajar IB dulu. 2 tahun dan rasa mcm tak cukup je. Mcm patut extend. Saya join bee keeping club sbb 3 perkara (yg saya ingat sbb lucu), 1. Kena pilih untuk requirement pass IB (terpaksa) 2. Saya curious tapi telah diberitahu cikgu in charge sebenarnya saya pilih sbb tiada club lain yang available (cikgu salah, saya mmg curious) 3. Sbb saya rasa/nampak ramai perempuan yg menarik join club ini (nafsu pemuda tp in the end club ini sangat mengamalkan ikhtilat sbb mmg tiada langsung aktiviti yg bercampur sosial, yg ada mungkin adalah aktiviti beberapa org sekali turun padang petang2 pergi siram pokok2 untuk lebah).
Kenapa siram pokok2, sbb itulah medan tugas lebah di KMB tu. Peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan lilin lebah sangatlah bermanfaat. Lebah ni boleh aje cari pokok2 luar KMB, ada lah nampak mereka keluar mencari makanan di luar sarang. Bila jumpa mereka bawa balik sebanyak mampu untuk ke sarang. Mereka ni kena kuat ingatan sbb bila satu lebah balik ramai lebah2 sesaranga mahu tahu. Semua sibuk tapi untuk kebaikan juga dan mmg rasanya takde lah mereka sibuk hasil dari sifat buruk. Ini kerana mereka ini rasanya tiada hati, so takdelah busuk hati. (attempt utk buat lawak disini. haha). Saya suka itu. Sibuk mereka ini samalah dengan sibuknya semut. Oh semut, itu kisah lain lah ye. Sibuk tu samalah dengan rajin, saya difahamkan.
Oh manusia mmg tidak sama dengan lebah. Lebah ada cara berkomunikasi dan manusia juga lain. Kalau lebah, mereka bernari2 berbentuk 8 tapi manusia cakap, telefon, surat atau hantar email aje. hehe. Tak penat pun tapi effectivenya komunikasi mungkin lebah menang. Bernari2 sambil gerak goyang badan, lebah mmg memberitahu lebah2 lain di mana lokasi bunga2 rezeki. Manusia pula menari2 gerak goyang badan, kalau cakap org tak paham accent, kalau telefon terputus2, kalau hantar surat lost in delivery dan kalau hantar email pun masuk spam. huhu. Teknologi yg kurang sempurna. Marah juga tapi berdiam aje lah. Bila dah tahu rezeki kat mana, gelak lah. Tak dapat cari bunga secepat mungkin. By the way, lebah gunakan matahari as guide (point of reference) lokasi rezeki, so mereka mmg bertindak dgn cepat sbb matahari cepat bergerak sepanjang hari.
Lebah ada tiga kasta: lebah ratu, lebah pekerja (female tapi takboleh bertelur) dan lebah jantan. Itu adalah lumrah lebah yg diciptakan. Oh manusia mmg lain. Tapi ada juga yg mahu jadi lebah menjadi penyengat dan kemudian tidak berhenti. Lebah sengat sekali and then terus mati. Kamikaze gitu. Lebah sengat kita nampak sbb ada kesannya, ada org lebam, ada org bengkak, ada org merah2 sikit aje. Saya selalu fikir tak nak jadi mcm lebah jantan. Tugas lebah jantan adalah mate dengan ratu and then mati. Tapi kalau itu takdir, kita redhalah.
Fikir balik. Nostalgia. Especially bila baca surah An-Nahl. Surah dlm Quran yg mention pasal lebah. Kalau Allah sebut pasal lebah, saya rasa mmg ada benefit kalau kita fikir pasal lebah. Bila ada di tahun pertama KMB saja yg aktif bee keeping club. Tahun kedua tak aktif dah. Bila dah lepas ambil exam, saya teringat balik pada bee keeping club yang telah saya tinggalkan 12 bulan lalu, masa first year (nostalgia time tu). Oh tak, 6 bulan lalu sebenarnya sbb saya curi datang ke kawasan bee keeping utk main2 dgn lebah. Caranya adalah hembuskan asap api bakar serabut kelapa. Asap kacau komunikasi lebah (saya mmg nakal begitu). Main dgn lebah sorang2, diam dan gelak sendiri. Oh lebah, semoga korang sentiasa membuat saya berfikir.
Oke!
Thursday, December 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
ling ai ling pon kelab lebah kah dulu? hahahah
lim ai ling rr nama beliau. and dia bukan bee keeping club.
Ihsan, ko ni mmg hero la... mcm mana nak jadi hero mcm ko ek? (ini bukan sinis mcm post blog aku)
Post a Comment