berikut merupakan tulisan dari day 1 hingga day 5 menceritakan apa yg lebih kurang terjadi dalam my trip to ireland. tak baca pun takpe...post nih utk diri sendiri aje...gambar dalam post berikutnya...best2 yeah!
day 1 (sabtu 25/3/06)
Semalam bermalam di rumah Taro. Mmg kesian juga kat Taro sbb terpaksa menunggu lama di airport sbb flight ke Dublin delayed. Tambah kesian lagi bila Taro tak berapa sihat sgt. Sbb dah lewat sgt semalam,terpaksa naik teksi yg mahal utk balik ke rumah Taro.
Pagi Sabtu kita decide utk join program cuti2 musim bunga yg bertemakan 'Love is in the air'. Program hujung minggu dan ramai classmates M03F join. Pagi tu sebelum bertolak ke RCSI dimana talkshow diadakan,Wadi telah masak breakfast spagetti yg sedap. Pandai betul dia memasak. Sesampainya di salah satu lecture hall di RCSI, berjumpalah dgn sahabat2 yg terperanjat akan kehadiran kita di Dublin. Iyelah, sbb tak bagitau ramai org pun. Talkshow tersebut agak menarik dan penuh informasi yg membuka minda tajuknya 'cinta:antara ilusi dan realiti'.
Selepas solat Zohor ada program picnic dan treasure hunt di Iveagh Garden (salah satu garden di Dublin). Akan tetapi, hujan renyai2 masa picnic telah menjadi lebih lebat dan memaksa program treasure hunt dibatalkan. Kesian kepada ajk treasure hunt yg tak dapat lihat hasil kerja mereka.
Program diteruskan dgn tayangan filem 'Kiamat sudah dekat' di lecture theater RCSI tadi. Filem ini kita dah tengok. Ihsan ada CDnya dulu. Apabila tiba masa solat asar, kita pun pergilah main pool dan foosball di tempat berehat dlm bangunan RSCI. Kita tak join tgk kembali filem tadi dan bermain sehinggalah tiba part akhir2 filem itu sbb nak dgr pengisian dan perbincangan filem itu.
Selepas itu, berkumpullah classmates M03F yg masih ada. Pjah,Irma,Sakinah,Maryam,Meor dan Aimi yg dtg juga dari Cork. Kami pun berputus utk ke restoran kebab Momo's dan kita belanja, 20euro aje. Tapi sebelum itu pergi mencari atm machine utk keluarkan duit yg byk utk berbelanja. Malam sabtu, kita decide utk bermalam di rumah che'a, jere dan syamsul di Belfeild
iaitu kawasan UCD. Meor tlg bawakan ke sana. Bersembang2 aje malam itu bersama si Adlan, Din dan juga Penyu. Byknya kami pening bersembang pasal penukaran waktu tambah sejam atau tolak sejam.
day 2 (ahad 26/3/06)
Esok paginya,setelah solat Subuh, jere tlg masak nasi goreng utk breakfast dan kami bersiap2 utk ke Enniskerry utk bermain paintball. Jere tak pergi dan adlan juga sbb dia demam. Mungkin sbb hujan semalam. Pagi itu tak hujan dan kurang sejuk dan kurang berangin. Keadaan boleh dikatakan agak sesuai utk aktiviti luar. Setelah sampai ke destinasi tempat bermain paintball iaitu 'Crossfire', terdapat sedikit masalah tentang group kedua yg tertinggal bas dan terpaksa lambat sampai.
Kami yg sampai awal decide utk bermain dahulu. Mmg best bermain paintball ini. Tapi bila kena tembak, mmg sakit dan berbekas merah di badan kalau tak pakai pakaian yg cukup tebal. Beberapa ketika kemudian, ramailah lagi yg tiba, dan terasalah macam perang. Mmg seronok in a way. Walaupun mahal tetapi agak worth the money. Aktiviti paintball selesai pukul 2 lebih dan pengisian aktiviti paintball adalah berkaitan dgn kesedaran perang org muslim di tempat lain yg sebenar. Mereka ramai2 solat di atas padang rumput, kita tak join sekali sbb nak jamak taakhir aje. Sampai rumah Che'a petang dan teruslah kita bersiap2 utk ke charity dinner malam itu. Kita pergi dgn Meor aje sbb ramai tak pergi kerana tiada duit.
Malam itu dapat tgk majlis penutupan program ccmb. Selepas makan berjumpalah pula dengan nathrah yg tak dapat jumpa semalam sbb dia balik awal. Malam itu, kita bermalam di tempat meor pula sbb nak jumpa adlan yg demam.
day 3 (isnin 27/3/06)
Setelah berjaya pujuk Meor utk join sekali trip ke Galway, pagi isnin ni bertolaklah kami ke Galway menaiki bas. Kita dan Meor saja pergi Galway. Classmates perempuan UCD pergi Galway utk join program di sana pula tapi kita pergi Galway utk berjalan2. Classmates RCSI tak join sekali sbb mereka tidak cuti dan ada lecture seperti biasa. Naik bas ke Galway dari Dublin memakan masa selama 3jam 45minit. Di Galway kami terserempak dgn bebudak Cork yg cuti dan ingin join program di Galway. Sebenarnya program tersebut bukanlah di Galway tetapi di kawasan luar Galway. Galway hanya merupakan kawasan berhimpun dahulu.
Di Galway, kami disambut oleh Codeten. Berjalan dalam hujan ke rumahnya yg jauh juga dari town Galway. Tiada apa2 sebenarnya di Galway. Galway hanyalah satu town yg kecil. Tetapi di Galway ini ada tour agent yg bawa berjalan2 di kawasan barat Ireland.Malam itu kami berjumpa dgn Faridah yg rumahnya berdekatan juga. Faridah masak nasi ayam menjamu kami yg dtg ke Galway. Codeten berumah sekali dgn Pokjak dan Qama. Bebudak Galway tidak cuti menyebabkan mereka kelihatan sibuk membuat kerja rumah dan studi. Kita dan Meor melayan tv aje malam itu sambil merancang utk berjalan esok harinya.
day 4 (selasa 28/3/06)
Bangun subuh berjemaah di rumah codeten. Dapatlah berjumpa dgn Exco dan Zakwan, senior medic di Galway. Mereka mengajak kami breakfast di rumah mereka pagi itu. Rumah mereka lebih kurang aje dengan rumah codeten. Selepas itu,kami menunggu masa utk keluar ke city mencari tour company utk bersiar2. Pokjak dan codeten tlg membekalkan kami dgn nasi lemak dan biskut2. Pagi itu kami menaiki bas ke town Galway dan akhirnya berjaya jumpa tour company tersebut iaitu Lally Tours. Tour tersebut mmg menarik. Pakej yg kita dan Meor pilih adalah 'The cliffs of Moher & Burren day tour'. Tournye ada route yg lalu Oranmore,Clarinbridge,Kinvara,Ballyvaughan,Doodlin,Cliffs of Moher,Lisdoonvarna,Kilfenora,Leamanah Castle,Poulnabrone Dolme,Aillwee Caves dan berpatah kembali ke Galway. Kawasan2 tadi adalah kawasan dalam The Burren dan merupakan kawasan countryside.
Sepanjang tour tersebut kami menaiki bas dan pemandu bas yg bercakap2 sambil memberi info terhadap tempat2 di sepanjang tour. Tour yg kami pilih ini terdapat 5 highlights iaitu Dunguaire Castle(salah satu castle yg masih kukuh di kawasan sana),Doodlin(satu tempat home of traditional music),the Cliffs of Moher(cliff tepi pantai yg 210meter atas laut Pacific),the Poulnabrone Dolmen(binaan batu2 dan mungkin kawasan kubur 5000thn dahulu) dan Aillwee Caves(gua yg dijumpai oleh org2 sana). Kawasan countryside mereka sgtlah luas dgn ladang2 ternakan lembu,biri2 dan kuda. Tempat2nya berbukit2 dan bukit2nya adalah bukit2 batu. Menurut driver,kawasan yg hijau telah dibersihkan dari batu2 dan disusun menjadi pagar2 batu yg membahagikan kawasan tanah.
Petang itu habis tour dalam pukul 5suku petang. Kami menaiki bas pulang ke tempat codeten utk bermalam lagi di situ. Petang itu sebelum maghrib, codeten membawa kami ke pantai Galway. Bergambar kami di sana dan sempatlah kita mengambil satu batu pantai utk souvenir. Malam itu codeten masak lauk ayam kurma. Kami menghabiskan malam itu dgn menonton tv.
day 5 (rabu 29/3/06)
Pagi solat subuh berjemaah seperti semalam dan kali ini dapat berjumpa pula dgn Ikhwan. Bersembang2 sekejap selepas solat dan kemudian menunggu codeten memasak nasi goreng utk breakfast. Rancangan hari terakhir ini agak tight sbb tak nak terlepas flight di Dublin airport.
Pagi itu selepas makan,kami bersalam-salaman dgn codeten dan pokjak dan kemudian berkejaran utk mendapatkan bas ke town Galway. Hampir terlepas bas pagi itu tetapi alhamdulillah selamat juga sampai ke town. Pagi itu bas seterusnya utk ke Dublin adalah pada pukul 9.30am. Kami agak awal kerana terlepas bas sebelumnya pada pukul 8.30am. Bas ke Dublin adalah setiap sejam. Oleh kerana pagi,byklah kedai2 tidak buka lagi dan tak dapatlah bershopping2 sgt. Menunggu sahaja di bus station itu.
Bas ke Dublin sampai dalam pukul 12.45pm. Meor menunjukkan jalan utk ke bus stop yg menghala ke Dublin airport. Sambil berjalan2 itu,kita hanya dapat berwindow shopping saja kawasan2 kedai di Dublin. Geram betul kerana tiada masa utk bershopping di Dublin dan Galway.
Dalam bas, Nathrah bermesej utk berjumpa di airport sebelum pergi balik. Baik betul Nathrah kerana dalam kesibukan lecture dan lab, sempat juga dia melayan kita. Di airport setelah mendapatkan boarding pass, berjumpalah Nathrah. Kita pergi McDonalds utk menjamu sedikit fries bersama2. Akan tetapi, tidak lama dapat sembang2 sbb masa utk board flight dah dekat. Bersalam2anlah dgn Meor dan berterima kasih kepada Nathrah.
Seperti biasa mengikut prosedure menaiki flight dan akhirnya selamat juga masuk kapal terbang dan berjaya mendapatkan tempat duduk sebelah tingkap. Masa balik,tercari2 juga Sutton Bonington masa nak sampai tapi tak jumpa kerana laluan kapal terbang betul2 berada di atas Sutton Bonington Campus.
Dapatlah juga reception voda yg selama ini tak dapat di sepanjang berjalan2 di Ireland.

No comments:
Post a Comment