Wednesday, January 10, 2007

Jawatan Kosong

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan
Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk
jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula
dari
saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda
tidak perlu bawa pingat. Anda tidak
perlu bawa wang atau harta (yg banyak).

Anda tidak perlu berparas rupa yg
cantik,
hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda perlu menunggu penjemput yang
berkaliber untuk menjemput anda. Ia
akan
menjemput anda pada bila-bila masa saja
(mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu
dan akan bengis kepada orang-orang
tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA
TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh
Ahmad
Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang
itu diletakkan di dalam kuburnya,
sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara
terompah kasut) orang- orang yang
menghantarnya ke kubur pada saat mereka
meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu
seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup
di dunia akan diletakkan dikepalanya,
puasanya diletakkan di sebelah
kanannya,
zakatnya diletakkan disebelah kirinya
dan amalan kebajikan daripada sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan
ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras
kepala,

maka solat itu berkata kepada malaikat:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah
kanan,

maka puasa berkata kepadanya:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikatberpindah ke sebelah
kiri,

maka zakat berkata kepadanya: dari
arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
di datangi dari arah kedua hujung
kakinya dan berkatalah amal-kebajikan:
di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat)
memperlihatkan matahari yang sudah mula
terbenam, lalu

malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang
laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan
bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak
sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan
solat (boleh saja solat) tetapi jawab
dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah
pandangan kamu tentang seorang laki-
laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana
penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw
dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad
saw itu ialah pesuruh Allah yang
membawa
kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada
mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan
dan begitu juga kamu dimatikan dan
dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu
syurga, maka dikata padanya itulah
tempat kamu dan itulah janji Allah bagi
kamu dan kamu akan berada di dalamnya.
Maka bertambahlah gembira mayat itu.
Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70
hasta dan disinari cahaya baginya"

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat
dari semua aras (kepala, kanan, kiri
dan
hujung kaki)! Sila war-warkan tawaran
jawatan kosong ini kepada semua
sahabat.

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya untuk
temuduga ini

copy dari Yazid nyer frienster blog...best2 yeah!

1 comment:

ihsan_huhu said...

cerite langga bucu piramid xdek?? hahaha