Sunday, November 22, 2009

Weak week

It was a weak week. Not only playing with words but it was. Meeting dgn SV dan advisor utk pre-continuation meeting yg lewat. Amat lah kena bertebal muka kerana lambat mengschedule meeting dan sebagainya.

"I think your not taking this seriously enough" kata beliau. huhu.

Now kena focus on getting the write up done. Send it to Geoff. And hope for the best.


Tapi kena juga buat lab work. Yg resultnya juga perlu utk result section write up. huhu. Buat lah sedaya mungkin.

Gambar sebelah adalah malam di lab membuat perkara2.

Muslim Youth Foundation talk:










Di city ada MYF nye mosque. Mereka buat talk every week. Daku pergi lah bersama2 rakan2 di sepetang hari Rabu. Lepas talk, pergi lah beli Singapore noodle di Rice restaurant. First time beli actually. I want to try all the noodles in the menu. Boleh tahan la sedap nya, tapi mahal. huhu.

Good analogy from the MYF talk to share:
Berdakwah (berseru org kepada membuat kebaikan) adalah seperti kita menjaga rumah kita utk menerima tetamu.
Apabila kita duduk di rumah sendiri, mula la buat perangai sendiri. Kasut tak susun, ruang tamu selerak, bantal sofa hilang, dsb. Bila menerima tetamu, kita cepat2 kemas rumah, susun surat khabar kat ruang tamu, betul kan bantal, dsb. External factor, ie tetamu membuat kita lebih mengemas/membaiki diri.
Sama lah juga dgn berdakwah. Dgn berdakwah, org luar akan menanya2 kita tentang byk perkara2 yg berbagai2 sebagai respon kepada kita menyeru mereka kepada kebaikan. Dan utk mengemas diri/membaiki diri/menyediakan diri, kita akan lebih membaca dan berbuat berbagai2 utk menimba ilmu agar kita dapat menghadapi mereka2 ini.

Point yg membawa kepada analogi ini adalah yg menangguh berdakwah kerana tak cukup ilmu adalah alasan yg kurang munasabah. Tiada ukuran yg seseorang itu sudah cukup ilmu utk berdakwah kepada org lain. Malah, dgn berdakwah, ia akan secara langsung akan menambah ilmu kerana kita sentiasa mahu mengemas rumah utk menerima tetamu. Tetamu itu adalah rahmat. Dan ingat, dakwah adalah menyeru manusia lain kepada Allah, beramal keranaNya dan meninggalkan yg mungkar. Wallahu a'lam.

More:
- SV sudah menghilang ke Bangkok dan Penang selama 2 minggu.
- lab work yg tak menjadi. geram juga. DNA extraction failed for 12 samples. uhuh.
- akan dapat recipi kuah dal dari Urooj nanti.
- menulis menulis menulis. eh. menaip menaip menaip.
- wondering how Fadwa is doing with her write-up.
- miss Pujen marah daku. terima kasih because you care (betul ke?). ada org lain nak marah juga?

best2 yeah!

No comments: