Thursday, June 29, 2006

Tolong menolong ringankan bahu

Tahniah kepada abgAzman yg telah menjadi Dr. Azman. Setelah lama bertungkus lumus berhadapan ngan supervisor yg agak sengal. Tadi menolonglah org ramai mengangkat brg2 UKnya ke dlm kontena.








Penat benar lah. Dah la dtg awal setelah kakEja bagitau suruh dtg awal. Awal2 pagi tuh lebih kurang pukul 10.30am (takde la awal sgt pun...haha), membantu lah daku mengangkat brg2 dari dlm rumah dan diletakkan ke belakang luar rumah (laman belakang). Tujuannya agar bila kontena dtg, mudahlah kerja2 mengangkut brg2 ke dlm kontena.







Itulah plan nya, tapi kita merancang dan hanya Allah menentukan. Kontena dah la dtg lambat. Dan merumitkan lagi, kontena tak dapat masuk ikut jln belakang rumah tuh. huh. Daku rasa bleh je, cuma driver polish tuh yg tak cukup cekap. Terpaksalah lori kontena di parking di depan rumah dan sedikit jauh kerana takda parking space exactly depan rumah. penat2. Brg2 mula diangkut ke dlm kontena mula pukul 2.15pm kut.






Penatlah menolong angkat kembali brg dari belakang rumah ke depan rumah dan ke kontena yg jauh. Malang nya lagi, disebabkan sudah lah lambat, ramailah bantuan tenaga terpaksa beredar awal kerana ada hal2 lain. huhu.








Dlm kepenatan tuh, dapatlah juga melihat rupa kontena kali ini. Arituh tlg abgMaaruf tak dapat tgk sbb balik awal sbb exam. Kali nih dapatlah lihat dan naik. heh. Takde ape2 special pun, saje je 'perak' skit. yeah2.







Hanya setengah ruang kontena diisi dan setengah lagi diisi oleh kereta. Baru terpikir, tak teringat pula daku kontena dulu masa nak balik Mesia dari Edinburgh masa kecik2 dulu. Mungkin sbb tak tlg kut, tuh la tak tau. haha. ye rr, kecik lagi kan, tak mampu nak tlg.







Tabahkan lah hati, abgAzman dan kakRos (gambar kiri atas). Mereka kelihatan penat btul. Kesian benarlah. Ape2pun, sekali lagi tahniah dan semoga kehidupan keluarga abgAzman akan dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah. insyaAllah.

Dan sekarang nih, bila la daku nak siap kemas brg dlm bilik nih plak...? huh. best2 yeah!

Monday, June 26, 2006

Sukan MML 2006

MML mengadakan sukan MML. Terdapatlah 3 rumah sukan iaitu Cencalok, Tempoyak dan Budu. hehe. Pertandingan diadakan di hujung minggu Sabtu dan Ahad. First week, sabtu pingpong ahad badminton dan second week, sabtu fursal ahad bowling. Best la juga. Daku pergi ke semua pertandingan dan memberi sokongan dan bantuan. Rumah daku adalah rumah BUDU. Budu berbaju merah. yeah2.












Badminton tak tau results sapa menang lagi. Sbb masih ada match yg blum berresult akibat arituh tamat masa guna dewan. Agak malang la kerana temujanji mula adalah pukul 5.30pm tapi tersalah booking dewan menyebabkan terpaksa start lambat. Budu masih ada can nak mng dalam event badminton. Tgkla results nanti.












Pingpong mmg best dan agak sengit sekali. Daku main double. Bermate ngan Taufik. Main dua kali dan dua2 kali kalah. uhh. Sengit btul. Main sampai set ketiga tapi kalah jugak. Mmg takde luck kut. huhu. Budu lelaki pingpong dapat 3rd place tapi budu wanita dapat 1st. Kira2 balik suma results utk event pingpong, suma rumah dapat markah yg sama. 4 mata each. Kiranya pingpong gagal memberi sebarang markah kemajuan utk suma rumah la. heh.













Main futsal ari sabtu arituh. Dah la daku tak makan btul. Tak streching btul. Dan tak biasa main bola. (dah lama tak main, dulu kat KMB main belakang blok...oke je). Masa main futsal petang tuh, pergh...pening kepala. First time org cakap kat daku bahwa muka hang pucat lah!. Gle pening dan penat mcam nak muntah. Tuh la akibatnya kalo nak bersukan tapi tak prepare btul2. huh. Selepas futsal, pergilah ke rumah abg Syazli (penghulu MML). Dengan kepeningan kepala, tak sopanlah daku petang tuh kerana tak tlg bungkus2 hadiah2 di rumah tersebut. Hanya duduk2 aje, buat bodo. Mmg buat malu aje. Selepas mereka selesai bungkus2, argentina lawan mexico pula start. huhu. Daku sebenarnya mahu tgk juga. Menahanlah kepeningan kepala petang tuh sampai lah balik ke rumah. huhu. btw, transport adalah mengikut abgOne aje. Tuh la bleh sampai ke rumah abgSyazli tuh. Budu mng main futsal. Mmg bakat kerana team budu ada pemain2 handal. yeah2







Bowling best juga. Daku main bowling dan dapat skor total 106 dan 113 dlm 2 game yg dimain. Okela, at least dapat juga reach 100 utk setiap game. huhu. Mantap gle nizam yg main di lane sebelah. 5 strike berturut kut, kalo tak silap. Mantap gle. Skor dia dlm game tuh cecah 200 point. Bakat benar. Daku masa last2 minute barula ingat camne nak dapatkan strike. huh. Selalu camtuh, time last2 throw, baru teringat teknik sendiri utk dapatkan strike. cis2. Nak main bowling lagi la. huhu. Cencalok dapat skor tertinggi dalam bowling.

Itu lah dia sukan MML 2006 nih. Minggu depan hari keluarga pula. Ada lagi sukaneka wakil rumah masing2. Hadiah juga diberikan pada hari itu nanti. Daku bervolunteer menjadi volunteer keselamatan under kakJu. Masih tak tau ape perlu buat. Tapi insyaAllah takdelah susah mana pun. huhu.

Ape2pun, barang2 masih belum dikemaskan utk berpindah randah. huh. Baru tadi mengepost package 3.5kilo ke Malaysia. Mahal gak bayaran pos tadi. uhh. Sbb berat buku dlm package tuh. Sekarang sedang seronok la pula membaca buku novel The Da Vinci Code. hoho. Tapi lambat gle daku membaca, the slowest reader in my family. Takpe, janji leh habis juga. At least adela sth occupying my time (sepatutnya berkemas2...huh). best2 yeah!

Friday, June 23, 2006

Jumaat yg sepi

Beli lah jua daku baju polo dan jersey utk diberikan kepada Papa dan Adin. Harap2 mereka suka. Cost me some money juga tuh. huhu. Takpe, sekali sekala. yeah2
Baju polo kain jersey warna merah tuh utk Adin dan jersey warna putih tuh utk Papa. Akan daku postkan ke Malaysia secepat mungkin agar mereka dapat pakai masa season world cup nih masih ada. heh.



Setelah mengucapkan selamat perjalanan kepada en Saddiq yg telahpun naik kapal terbang MAS balik mesia sekarang, daku dan KakEja juga singgah ke Carphone Warehouse di mana KakEja membeli henpon yg baru utk menggantikan henpon nokia lamanya yg telah rosak, mati dgn terkejut. heh.

Beliau telah membeli henpon nokia juga tapi package pay as you go yg murah nye. Beliau bercadang utk mendapatkan henpon yg canggih kut di masa hadapan, insyaAllah. Semoga tercapai impiannya utk membuat hantaran henpon mahal.



Harimau mati tinggalkan belang. Saddiq tak mati tinggalkan duvet dan bantal dan makanan dan adelah brg2 lagi. huhu. Beliau tinggalkan barang2 sedikit di bilik daku ini agar daku dapat meletakkan di rumah kakRuby di lain hari. Bertambah bersepahlah bilik ini. Bilakah agaknya daku akan berkemas2 utk berpindah randah nih. malasnyer...uhh

Baru tadi terpikir, sunyinya SB nih...haha. Countryside campus yg ramai org dah tinggalkan. Org putih balik rumah sendiri. Org international balik ke country sendiri. Tapi Naqiuddin masih lagi di sini. huh. Akan bertolak ke Liverpool pada 6 July nih insyaAllah.

Berkemas2lah malam ini dalam kesepian di SB. heh. best2 yeah!

Wednesday, June 21, 2006

First year results

Ini lah dia first year results. huhu. Tak cemerlang mana pun. Rasanya mendapat taraf upper second class kut. ntah la.
Macam ner nak cemerlang kan diri nih. Sem 1 dan sem 2 nyer results tak byk beza pun. Daku tetap maintain kan taraf 64 dan 65. uhh.

So sekarang ape perasaan? Syukur alhamdulillah results tidak lah teruk. Kecewa kerana takleh lebih cemerlang lagi. (bleh aje rasanya, cuma kurang usaha je..huh)

Masa menunggu di bilik personal tutor daku (Zoe Wilson). Bersempatlah pula menangkap gambar rak beliau yg penuh ngan fail2 dan buku. Working room dia tuh mmg agak bersepah. Tapi tuh la cara org yg btul2 sedang sibuk membuat research dan lain2. huhu.

Kepada mereka2 yg belum tau results lagi. Atau sedang exam. Selamat berjaya lah. Semoga anda lebih cemerlang dari daku nih. huhu.

Monday, June 19, 2006

Alton Towers 2006

Setelah merancang, kemudian tak jadi, dan rancang kembali, jadi lah juga trip ke Alton Towers tahun nih. yeah2. Rasa kesian la plak sbb tak pergi bersama2 rakan2 nottingham yg lain sbb mereka telah balik Malaysia. Tapi Haziq telah menyatakan bahwa tahun depan leh pegi lagi...so, takpelah. Pergi lagi kut insyaAllah tahun depan. huhu. Kali ni pegi bersama Saddiq, Haziq dan Fathi.

Seronok benar muka budak2 ni bila sampai Alton Towers. Gambar kedua sebelah ni adalah di hadapan UG land di mana ride roller coster Rita yg best. Mmg dapat challege disneylandnye ride. Aku naik sampai keluar air mata. Bukan nangis tapi mmg terkeluar air mata. huhu...gle best.







Di UG land juga kami naik swing nih. Bakat juga dapat menangkap masa benda tuh bergerak. yeah2.






Gambar pertama menunjukkan ride yg memeningkan badan kami. En Saddiq sampai tak lalu naik ride2 berikutnya sbb kepeningan. huh. Bagi yg lain2, termasuk daku, pening itu ditahan juga sbb nak naik ride best2 yg berikutnya. heh.








Di Alton Towers nih bukan sahaja ada ride2 seperti funfair. Ada juga di sini park2 dan garden2 yg beautiful. Sempat kami bergambar dan bersolat di sebelah view gambar yg kedua di atas nih. heh.

Itu lah dia Alton Towers 2006. Bagi yg blum pergi, rajin2kan lah pergi. Ride yg daku recommend adalah Rita, Oblivion dan Air. Rita dan Oblivion leh menjadi trademark Alton Towers. Rita daku naik front seat. best gle. Bagi Oblivion, ridenya adalah menjunam 90degree. mmg menarik, menggerunkan dan best. best2 yeah!