Friday, June 02, 2006

Khamis, Jumaat dan habis main

Khamis semalam buat macam2. Mula2 daku telah diberikan kebenaran mengdrive kereta dari SB campus ke rumah KakRuby. Mmg diakuilah bahwa driving skill daku adalah terok skali. huhu. Reason pertama, lama tak drive. Reason kedua, kat Mesia drive auto byk nye. heh. Ape2pun, daku masih mahu mengasah lagi bakat driving ini. Mana leh tak terrer drive. Mesti kena terrer gak. huh.

Kemudiannya di rumah KakRuby yg baru itu, daku telah meminjam basikal abgEddie yg mahal itu. Merasmikan lah daku basikal itu di Loughborough. Pusing2 dan jumpalah masjid bangla kat sana. InsyaAllah next week akan pegi solat jumaat di sana. yeah2.








Malam harinya pula, pergilah makan kek aiskrim di tempat KakEja. FYI, birthday cik Elylah hari khamis itu. Kek itu kiranya makan2 utk birthday en Saddiq dan cik Ely lah. jimat btul duit membeli kek. heh. bagus2.









Utk hari ini, tadi pergilah makan di party yg dihostkan en Rajiv. Beliau akan ke Oz utk sem3 nya. So bye2 lah kepada beliau dan selamatlah belajar di sana. Di party inilah kelihatannya manusia2 bernari2 dan merasalah cam party mat salleh kerana ramai mat salleh dtg (awal2) dan ada menari2. huhu. Makanan suma halal dan tiada beer disediakan (sbb en Rajiv tak minum beer). Overall, okelah party dia tuh. tahniah diucapkan dan terima kasih kerana menjemput kami.

Dan sekarang, sudah lah daku habis explore game tomb raider legend. Game play time lebih kurang 11 jam. Membaca walktrough dari internet sebanyak 4 atau 5 kali. Sekarang ini dah tau storyline, leh la kita main difficulty higher skit. hehe.

Sekianlah, selamat studi utk mereka yg perlu studi lagi. Genetics coursework tadi tak hantar lagi sbb nak cuba berusaha utk memikirkan bagaimana hendak mengeplot graph yg diperlukan. uhh.

No comments: