Nottingham Malaysian Games 2009 telah berlangsung pada 30 Oktober, Sabtu lalu. Daku pergi bersama kontijen Manchester utk pergi bermain tennis. Pagi itu agak tak best sbb org ramai berkumpul pukul 4.30am sbb dikatakan bas bertolak pukul 4.45am, tapi bas lambat. In the end, kami bertolak dari Manchester pukul 6am. uhuh. Yg bagusnya, sempat aje sampai on time - kenapalah tak suruh berkumpul utk bertolak pukul 6am aje? huhu. Ape2pun, perjalanan Alhamdulillah selamat2 semua.
Setelah sampai, daku straight away ke tennis courts bersama2 rakan2 seManchester. Terlupa utk menangkap gambar2 players. Gambar2 yg ada adalah Datuk Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan yg dtg bersama org2 office beliau utk bermain tennis dgn budak2.
Nak mention bahawa MSSM (Malaysian Student's Society of Manchester) menghantar 4 players dari Manchester - 2 under nama Manchester University dan 2 under nama Manchester Metropolitan University. Daku bermain under nama Manchester Metropolitan University bersama dgn en Idzehan. Daku first round menang default sbb opponent tak dtg. Second round agak tak best sbb kena lawan rakan Melvin dari Manchester juga. Daku kalah dgn beliau 3-6. uhuh. Agak kurang berpuas hati sebab bermain satu set sahaja. Lepas kalah tu, time around 2pm, daku teruslah berjalan tinggalkan kawasan bermain utk ke Portland Building utk mencari rakan2 kenalan dan makan2. yeah2.
Gambar2 menunjukkan geng2 SB yg membuka gerai menjual makanan di Notts Games. Mereka2 menjual mee. Daku membeli lah sbb geng punya pasal. hehe. Sedap benar rupanya. Lama tak makan mee. huhu. Hampa di tempat org menjual sbb tak ada byk variety. Roti canai pun takde. huhu.
I spent the rest of the day hanging around booth MSM. Sembang2 dgn berbagai2 teman yg telah lama tak jumpa. It was a good day meeting all the old and new faces.
The day before Saturday:
Daku pergi ke KFC bersama en Dodo, housemet, utk membeli makanan surprise party utk gf beliau. KFC Halal Approved di Oldham - gambar. Bought myself a Zinger. Sedap. The chicken was good but not as good as the one in Malaysia. I don't know why. I bought also a bucket for miss Pujen and her house to share.
Daku juga telah menemani org rumah miss Pujen ke Asda membeli brg2. Gambar atas adalah kami fooling around dgn topi witch Halloween. Sabtu, esok hari nya adalah Halloween rupannya. haha. Trick or treat lah org2 UK di sini.
The day after Saturday:
Daku merasai lagi tiramisu miss Pujen yg pakar tiramisu. Sedap lah benar. Ahad tersebut adalah hari makan2 di rumah miss Pujen. Daku pergilah utk menjamu selera sambil2 memasang dan membetulkan furniture2, berkenalan dgn org2 baru, dan juga bermain Wii miss Pujen yg best. Main sampai penat tangan. Main tennis Notts Games pun tak penat tangan. haha. Terima kasih kepada warga rumah miss Pujen kerana menjemput daku.
More:
- kepenatan hujung minggu mmg terasa di pagi Isnin.
- buat kerja di rumah and tak pergi lab hari Isnin - tapi kerja menulis masih lagi tidak memuaskan. uhuh.
- nostalgic benar bila ke Nottingham. Byk juga perubahan bangunan2. Ini baru setahun meninggalkan Nottingham. haha.
- byk nya perkara2 nak buat and kena buat - mula menghargai masa terluang yg dihadapi beberapa bulan lalu. huhu.
- Datuk Shabery Cheek ada facebook.
- Dr MAZA kena tuduh tak bertauliah? apekah? kenapa lah mereka berbuat begini?
ya Allah, permudahkan lah urusan2 kami, lancarkan lah penulisan kami dan lindungi lah kami dari gangguan syaitan yg sentiasa menghasut manusia menjauhiMu. Amiin.
best2 yeah!
Monday, November 02, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
fuih org rumah tuh
Post a Comment